Al-Fatihah..
Doktor kata makcik dah tahap akhir kanser paru-paru..bermula dengan paru-paru berair tapi makcik diserang kanser paru-paru pengakhirannya..Jangkaan doktor makcik hanya mampu bertahan 6 bulan saja lagi..
2 Julai 2010 ; Makcik Ainon kini di Pusat Perubatan Universiti Malaya..Koma..seorang gadis sedang kelayuan sedih menerima berita keadaan neneknya..
5 Julai 2010 ; 9:37 pm telefon berbunyi.Message tone! "Anty, nenek dah meninggal"..
Innalillahi wainna ilaihi raajiuun..
Begitulah janji Allah..tidak akan lewat atau cepat sedetik pun walau doktor menjangkakan beberapa bulan makcik boleh bertahan...
Semoga allahyarhamah ditempatkan bersama para solihin...
Buat Najad..semoga tabah menghadapi ketentuan Allah..Jangan bersedih..aunty akan uruskan pendaftaran darling diamond Najad ke UIA esok.
Takziah buat Kak Aziah sekeluarga..semoga arwah bondamu ditempatkan bersama-sama hambaNya yang beriman..amin
Begitulah janji Allah swt..Tak dapat kita menahan apa lagi menolak takdirnya..Kehilangan orang tersayang memang begitu pahit untuk diterima..apalagi ibu yang melahirkan kita ke bumi ini..
Begitulah jua dengan diri ini..suatu saat pasti Allah akan menjemputku pulang menemuiNya..bekal,tupperware,polistrin,mangkuk tingkat,plastic container untuk ke 'sana' belum penuh-penuh lagi..takut!!
Ya Allah pimpinlah aku..
Amin..
No comments:
Post a Comment