Aku rindu dia. Tidak faham dengan nature of job nya sekarang. Sangat sibuk! Sampai anak-anak pun dah pandai komplen.Kata anak "Marsya tak suka ada papa yang balik malam.Marsya nak ada papa yang balik petang macam papa Yaya. Boleh bawak Marsya jalan-jalan,main petang-petang".
Si darling Sofiya pulak pernah suatu ketika menangis teresak kerana rindukan si papa tidurkan dia. Hiba sungguh hati tengok anak menangis teresak-esak. Dah lama papa tak tidurkan dia walaupun anak itu sudah 10 tahun sekarang. Dah lama juga kami tak berdinner bersama. Hanya dapat dinner dua hari sahaja dalam tujuh hari seminggu - sabtu dan ahad.
Telefon jarang sekali dijawab.Sms akan mengambil masa berjam-jam lamanya tuk dibalas.Mengharap panggilan dari dia? Ibarat bulan jatuh ke riba!
Terkadang hati ini merajuk hiba. Terasa dah tak dipeduli dia. Sunyi sepi dari belaian.Dah tak sayang ke..?
Hari ini Khamis. Malam ini malam Jumaat. Aku rindu tika kami masih menetap di pantai timur. Malam Jumaat ini selalunya kami akan pergi ke surau mengikuti majlis ilmu. Jumaatnya pula adalah hari cuti umum.
Pagi Jumaat kami keluar awal pagi sesudah subuh. Beriadhah di tepian pantai sambil membawa anak ke taman permainan. Bersarapan sambil lepaking menikmati nasi dagang terenak eva di pantai sehingga lah naiknya matahari terik memancar.
Aku rindu saat itu. Bilakah akan kembali memoir itu sayang...?
Sudah dua malam kami tidak bersua kerana si darling honey ke selatan tanah air atas tugasan. Hanya malam tadi baru pulang.
Bersihkan diri dan tidur. Penat katanya. 'Pagi esok at 9 i ada meeting dengan board of director.'
Pasrah...
Tapi aku sangat berlapang dada kerana dia tiba dari JB ketika anak-anak masih celik. Berlari sambil menjerit "papaaaaaaaaaaa..!" lalu merangkul sepolosok tubuh kecil papanya. Makin kurus aku lihat dek tuntutan kerja. Seorang di kaki, seorang dalam dakapan dan seorang lagi di pinggang. Alhamdulillah..Kau masih memberi kegembiraan itu ya Allah.
Aku rindu saat kau baring di pangkuan ku..dan aku di pangkuanmu. Kau usap lembut rambutku. Mengucap kalimah cinta...
No comments:
Post a Comment