Hati ini sangat bersyukur dan gembira. What a great day happened to me this year!
Esok juga genaplah 2 tahun arwah ibu mertuaku pulang ke rahmatullah. Semoga mak berbahagia di sana..
Nothing much to say here kerana sekeping hati ini sangat berbahagia sehingga tiada ayat yang boleh menggambarkan kegembiraan itu.
Anak dara mama dah besar! Semoga jalan hidupmu dipermudahkan Allah dan sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang.
10 tahun berlalu tak terasa. Tika diri ini bertatih memasuki alam perkahwinan, masih samar dalam segala hal kami dianugerahkan rezeki yang maha berharga dariNya..
Bunting pelamin setelah sebulan sah bergelar isteri membawa bermacam-macam sejarah.
Waktu itu tiada lain di dalam diri hanyalah satu. Aku harus memulakan kick off yang mega!
Fasa demi fasa aku cuba terokai dan grab apa sahaja yang datang wisely, gradually. Demi memastikan diri ini bersedia menerima orang baru dalam hidup aku dan dia.
MasyaAllah..bukan mudah..ketawa dan airmata silih berganti!
Pengalaman pertama bila satu nyawa dihembuskan ke dalam rahimku ini adalah sangat mengujakan.1001 perasaan tuk digambarkan.
Morning sickness yang sangat-sangat mencabar ditambah pula tekanan dari pihak-pihak tertentu sangat-sangat membuat diri ini kekadang lemah longlai tuk berdiri menghadapi hari-hari mendatang.
Disebabkan itu agaknya anak yang satu ini sangat halus hatinya. Kerana aku sangat banyak ditemani airmata ketika tempoh 9 bulan 10 hari itu.
Biarlah ia menjadi sejarah yang indah. Walau hakikatnya pahit. Telah aku lipat kemas-kemas dan kusimpan di suatu sudut yang teramat terpencil di hati ini. Terkadang pintu hati diketuk kenangan itu, tapi aku masih mampu senyum dan redha pada setiap yang berlaku.
Bukan mudah untuk mudah bukan..?
Dalam diri cuba terus mencari kekuatan tuk melawan apa sahaja yang datang, aku dan dia terus gembira dengan segala macam perancangan tuk menyambut kedatangan si kecil ini.
Dengan rezeki yang ada kami tetap mampu menyediakan yang terbaik tuk anak yang ditunggu.
Tiba masa kelahiran, anak ini tidak sabar lagi tuk bertemu si pengendongnya ini..Dia lahir awal 2 minggu. Pintu rahimku telah terbuka 4cm pada minggu yang ke 34. Si doktor terkejut! Aku? Lagila terkejut!
Kelakar bila doktor kata 'jalan kepit-kepit sikit. Jangan terlalu aktif!'
Memang di ambang tujuh bulan aku mengendong si kecil ini aku sudah banyakkan berjalan. Dalam buku kata suruh banyak berjalan supaya mudah tuk bersalin. So, aku pun berjalanlah..
Tiba hari 25 Julai 2000. Pulang dari pejabat, aku mandi. Maghrib pun dah masuk. Waktu ambil wudhuk tiba-tiba rasa dua kaki aku ni vibrate. Ye..vibrate macam handphone tu for a few second. Pastu rasa macam koyak sikit kat part tu..Kelakar..its like u tearing the paper tu..trrrrrrr!!terasa koyakan itu di situ!
Tak ada tanda lain aku pun meneruskan rutin macam biasa. Vibrate lagi! Instict tu dah lain macam je.
Darah takde, air ketuban pun tak pecah. Aku pun tak sedap hati.. Get ready to the hospital. Saja la nak check kan.Kot-kot la..Kalau dah check tak ada apa-apa fine lah.Sebab dah bukak 4cm kan....
Sebelum pergi siap minum milo panas lagi. Makan biskut konon-konon nak tambah tenaga masa meneran nanti. Confident je haha!
Sah! 10.50 malam di labour room. Sampai-sampai midwife check dah 6.5cm. Aku macam takde apa-apa je.Tak rasa apa-apa punnn.. Siap bole tengok tv.Baca surah Yaasin 3-4 round dengan darling honey.Hairan pun ada sebenarnya.
Dah pukul 11.30 malam mata pun mengantuk. Nak tidolah.
11.50 tiba-tiba aku terjaga dan terus meluru ke bilik air. Muntah!2 kali!
Hisy! Dalam hati, kenapa plak ni? Salah makan ke? Aku tekan button emergency. Midwife datang. Dia panik aku takde di katil.
Nasib baik aku muntah lagi. Dia tau la aku dalam bilik air. Darling honey pulak turun pegi kedai mamak for supper.Boleh lagi pergi supper dia..hekk.
Lepas tu aku dah tak daya nak berdiri. Siap tanya midwife 'kenapa saya muntah-muntah ni?'
'Memang simptom lain-lain dik. Meh saya pimpin ke katil. Saya cek sekali lagi ye'..Lepas selukan..'Owh dah 9cm!'
Terus doktor dipanggil.Darling honey sampai tepat pada masanya.
Barulah aku rasa sakit pinggang, perut memulas mak ooii!! Kaki ni tak berhenti vibrate..Aku atas katil tu redha je lah apa diorang nak buat.Darling honey setia di sisi membaca ayat-ayat suci dan tangan aku menggenggam kuat tangannya. Mata kami saling bertentangan.
Aku mencari kekuatan. Sambil terus fokus mendengar arahan doktor dan midwife, mulut ini tidak berhenti mengucap kalimah Allah, Al Fatihah, Ayat Kursi dan doa nabi Yunus ketika di dalam perut ikan yu.
Alhamdulillah dalam airmata yang tak putus-putus menahan kesakitan, si kecil ini keluar dari rahim ku menghirup nafasnya yang pertama di dunia nyata tepat 1:21am.
No injection.No epidural..U such a strong mom! Selalu anak pertama will took hours. But you made it very well and fast. Congratulations!!
Itu kata-kata dari doktor pakar yang telah puluhan tahun berpengalaman. Iya lah kot.Dia dah tengok macam-macam jenis orang kan.Aku ni pertama kali. Mana tau semua tu. Aku senyum dalam keletihan mendengar compliment dari doktor.
Kecil sahaja orangnya 2.7kg.Sangat kecil bila dipeluk darling honey tuk diiqamatkan.
NUR UMAIRAH SOFIYA ASFANIZAM..tangisan pertama sangat comel kedengaran. Kini fasa baru bermula bagi aku dan dia. Kami sudah bertiga.
Lapar betul si kecil ni.Pertama kali disua puting tuk menikmati kolustrum dia sudah pandai hisap. Pandai! kata midwife. Bersungguh-sungguh dia hisap.
Semoga anak mama menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Amiin..
1 comment:
syahdu.. it's such a touching story..
pengalaman yang tak mungkin dilupakan selagi hayat dikandung bdn
happy birthday fiya
Post a Comment