Tuesday, July 6, 2010

BAPAK.....!

8:43pm ; Si diamond Najad sms...katanya rushing to PPUM..nenek nazak...


Segera aku capai telefon ingin bertanya khabar..Ya memang benar makcik nazak..Tidak mahu memanjangkan  perbualan di saat mereka menghitung masa bersilih ganti dengan harapan yang besar agar makcik sembuh seperti dahulu..tiba-tiba Najad mengakhiri perbualan dengan........ "anty..atuk accident..jatuh dalam parit..atuk lemah sangat..dia pitam masa bawak motor.."


Ya Allah..bapak..!!


Hati berdegup bukan lagi kencang tapi dah macam ribut taufan tsunami..


Aku telefon darling honey...isyy tak berjawab la pulak...aku cuba lagi..hermm masih tak berjawab.aku pun  sms.."sayang call me..urgent!its bapak."


Well i kept trying to get him again and again.Kot ye pun silent..cek la fon tu..tak menggigil(vibrate) ke fon tu time aku sms/kol tu!eeeeeeeeee..geram!


An hour later.."i caught in the meeting with bosses until midnight..huh!"


Isyyy..peduli hape..bosses mak sess...then i replied the sms.."bapak pitam..jatuh motor..you better call me now!"..


Dan dan..telefon ku berdering..so i pun story mory morning glory lahh!..."ok ok i make a move now!"


Lega.....!


Aku yang di rumah meneruskan upacara membaking as tomorrow ada order 100 pcs cupcake..with note ' i'm sorry '..haihhh..apa cegheta plak ni....selalu order suruh tuleh i luv u..happy birthday sayang..happy anniversary sayang....congratulation sayang..tapi yang kali ni ajaib spesel sket..i'm sory..Ok la..saya menurut perintah..asal mesej ini sampai..saya tukang bake ni gumbira sajja...semoga maaf diterima dan menjadi baik-baik semula ye...amin!


Macam lipeh kudung la aku nak menyudahkan..ingat nak bercanda di pasiran pantai...tapi takdo doooo...


Barisan...dari kanan cepat jalan!..hati ada gundah mengingatkan si bapak nun di kampung..tapi sekarang tambah gulana mahu menyiapkan order si budak fad ni..sebab aku serve only yang fresh je.Pesen buat awal-awal ni pada ai tak best!Tak bek!


Alhamdulillah encik darling honey sampai..baking half done..nak tunggu timer 'ting' je..then off to see bapak.


Kebetulan pulak baru bake muffin pisang, bolehlah bawak buat buah tangan untuk bapak.


Sampai di rumah bapak..Abang Jali was there..While adik dah bergulung dalam selimut di lobby rumah..sejuk rumah agam tu..grrrrrrr..!


Abang Jali baru selesai urut bapak..bapak mengadu sakit-sakit badan,sakit dada..tak boleh nak tidur katanya..badannya yang sejuk..siap berstokin tidur malam itu nampak berbeda sungguh dengan hari-hari biasa bapak.Bapak kuat orangnya.Setakat sakit sikit-sikit tu memang tak jadi kudis pun pada dia..


Di umur 79 tahun bapak masih gagah dan sihat melakukan kerja-kerja seharian.Bapak orang yang tak boleh duduk diam.Bapak seorang peniaga tempe yang terkenal di kampung.Tempenye menjadi kegemaran ramai.Homemade uoolllls!Yummylicious..!


Tapi malam itu sangat berbeza.Melihat keadaan bapak terbaring aku jadi sayu.Kesian bapak.. Nampak tak berdaya sungguh dia..Terpancar seraut wajah tua yang masih kesakitan dek terjunam ke dalam parit akibat pitam sewaktu menunggang motor..Hampir 10 minit bapak tidak sedar diri di dalam parit itu..mujur ada seorang penduduk kampung yang menjumpainya..Ya Allah nasib baik di parit kecil tu..Kau lindungilah bapak..


Alhamdulillah bapak bawa bersama handphonenya.Difahamkan si 'Anon' (nama sebenar) yang menjumpai bapak.Jadi si Anon pun periksa di phonebook list.Anon menelefon Abang Hamdi- abang ipar ku yang kedua.


Sejurus abang Hamdi tiba di tempat kejadian,bapak terus di bawa ke klinik berhampiran.Alhamdulillah hasil pemeriksaan bapak baik-baik saja.Tiada apa-apa komplikasi.Cuma masih terkejut dan sakit-sakit badan.


Malam Ahad sebelum kejadian, kami sekeluarga bersama bapak.Sekalian mahu  ambil semua barang-barang si Najad tuk di bawa ke UIA..Mak aiii macam nak pindah je si budak tu!Penuh boot.


Malam tu bapak baik-baik saja.Sihat.Gembira.Ceria.Banyak cerita yang diceritakan.Ya..memang banyak..Bapak was really warmth that night.Kami siap bercerita pasal uban.Ya..uban.Uban bapak sikit sangat."Macam tak aci je Pak"...hahaha..Kuat betul bapak gelak!Its time for me to korek rahsia..hehehe..


Mungkin bertambah-tambah gembira bila Najad beritahu dia akan mendaftar untuk ijazah pertama LLB di UIA Selasa ini..Berseri-seri muka seorang datuk bila mengetahui seorang lagi cucunya dapat menjejakkan kaki ke universiti.


Cuma aku rasa macam lain sikit.Bapak mesra sangat sangat dan sangat.Dia duduk bersama aku dan cucu-cucunya.Mengusik si Iman yang asyik dengan Thomasnya..kemudian pergi ke tempat pengeraman pisangya lalu kembali ke dalam rumah dan memberi Sofiya sebiji pisang berangan yang sudah cukup masak..Siap di kupas kulit pisang itu then only he gave to Sofiya..so sweet kan...?


Yes..on the way back home that night my darling honey pun say something..and we did commented something about that..Memang bapak lain sikit dari kebiasaan..


Semoga bapak cepat sembuh.Rindu nak tengok bapak sihat rebus kacang soya tuk dibuat tempe.Kami boleh bungkuskan untuk bapak..Cucu-cucu bapak..?Ramaaiii....lagi cepatla siap bungkus tempe!


Rindu nak tengok bapak berceloteh kemudian gelak kuat-kuat sampai tak nampak mata!


Rindu nak tengok bapak bawak motor!Macam orang muda tau..peewiiiiit..


Rindu nak dengar bapak cerita yang secret-secret!hahaha...ssyyyyyyy


Get well soon pak!!Luv you...

2 comments:

The Me said...

Cian Bapak kan?
Hope he will get well soon.

cikMangga said...

tu la..hiba tengok dia lemah macam tu..
yes..cepat sihat hendaknya