Di mana puncanya aku pun keliru.Rutinku tetap seperti biasa.
Hari Isnin yang penuh dengan tugasan.Tempahan kek untuk esok harinya, menerima berita makcik Ainon pulang ke rahmatullah sekalian berita bapak jatuh ke dalam parit dalam keadaan pitam ketika menunggang motor!
Menziarahi bapak sehingga 4 pagi..lalu pulang ke rumah.Ku paksa sepasang mata longlai ini lelap.Badan harus rehat!kataku dalam hati.Esok pagi-pagi mahu buat furnishing creaming pada kek yang ditempah..
Dengan sepotong kalimah Bismillahirrahmanirrahim...dimulakan dengan Al-Fatihah disusuli ayatul Qursiy,ku panjat kan doa agar kerja-kerja berjalan lancar esok hari.
Matahari pagi tersenyum menyinari pagi Selasa..Damai..
Kerja-kerja creaming selesai pada 10.45 pagi.Alhamdulillah...
Kita hanya merancang tetapi Allah maha hebat pada setiap rancanganNya.Ralat sungguh rasa di hati kerna tak dapat menziarahi arwah.Tempahan harus disiapkan.Mujur darling honey bersetuju untuk pergi sendirian..
Aku cuma mampu telefon Kak Ziah ucap takziah dan memberi kata semangat.
Sambil menunggu darling honey pulang dari ziarah arwah makcik Ainon sekalian menjemput si Najad,aku meneruskan kerja-kerja rumah.
Jam 1 tengahari..mereka masih belum nampak kelibat..
20 minit kemudian barulah mereka muncul.Kami terus bergerak ke Gombak.Najad perlu mendaftarkan diri di UIA.Akibat terlalu mengejar masa,lunch pun kantoi..
Kepala sudah pusing..sakit..ngap ngap ngap..angin pulak sudah bermelodi zapin+jazz+dangdut+rock kapak = #@%$^&*(&%$#!
Tak mengapa, sabar..si darling honey kata "mendidik diri menghadapi Ramadhan bulan depan.."
Setelah selesai semuanya..kami meninggalkan Najad.Semoga terus gigih berjuang mengejar cita-citamu sayang..
Dengan hati yang sayu,anak-anakku memeluk erat Kak Najad..dan meninggalkan dua teddy bear untuk kakak kesayangan mereka bersama secret love note!!
Usai Asar kami beredar dari UIA dengan doa yang berpanjangan buat si gedik Najad..All the best for your future darling!
Terus kami menghala ke Jalan Duta untuk menjenguk bapak yang masih lemah nun di kampung..
Bapak ada perubahan positif..sudah boleh bangun.Tapi bahu , leher masih sakit.Muka masih lemah.Alhamdulillah..
Aku duduk di hadapan bapak..terharu aku bila dia membalas soalan yang sama aku aju padanya.."Kau sihat da..?"
Aku membalas dengan jawapan yang positif - "sihat" -..apelah sangat sakit kepala dan keletihan aku ni dibandingkan dengan kesakitan yang bapak alami.
"Bapak kena kuat ye pak..bapak cepat sihat ye.."
Tiba-tiba Kak Mai menegur.."muka you nampak pucat..are you ok?".. "pening sikit je kak Mai.." jawapan ala-ala cover macho, maintain ayu..! Padahal.. nak fengsan dah!
Jam hampir ke 12 tengah malam..kami mula beransur.Konvoi bersama Kak Mai.Risau juga sebab dia memandu seorang diri.
Tak lama selepas kami melepasi spot roadblock popular di kampung tu..aku rasa perut ku menggelodak-gelodak.membuak-membuak..dah lama betul tak rasa begitu..
Aku capai plastik yang kebetulan memang bersepah di dalam kereta dek kerana tuan kereta sibuk mengadap tepung,butter,telur etc etc..kehkehkeh..comot betul kereta itu umpama kereta pun sibuk buat kek..
Dan...wekkk wekkk....1 kali
Few second tayar bergerak..."stop the car..i wanna throw out!"....2 kali
Jalan lagi..."stop!".... 3 kali
At this time diamond Sofiya dah menangis-nangis.."are you ok mama?"
Agak 5 minit tayar berpusing dengan bangga..."benti yang" (suara dah volume paling rendah)....4 kali
Darling honey mengurut-ngurut belakang..minyak cap kapak yang disapunya melegakan aku.
Selang 3 minit kemudian.."yang nak mu***h lagi..(suara yang memang lemah)....5 kali
"Minum air ni yang..you'll be better.."
Tiada jawapan..aku dah flat..ku teguk jugak air itu.
Kereta terus di pandu laju.
"Stop..." Hanya air yang baru ku teguk sekejapan tadi terbit dari rongga tekak..sampai dah takde apa yang keluar....6 kali!
Aku terus lelap.Tahu-tahu aku sudah di atas katil..
7 Julai..tinggal aku dan diamond Iman di rumah.Yang lain sudah ke sekolah dan pejabat.
Kepala makin berat..Hati tertanya-tanya sakit kepala apa aku ni?Teruk sangat rasanya.
Di tengahari yang terik..aku gagahi diri memandu.. perlahan saja tidak F1 seperti biasa menjemput si diamond Sofiya dan Marsya..
Selesai makan tengahari aku tekad untuk berjumpa doktor.Ya doktor mengesahkan tekanan darahku rendah 100/65.."Puan perlu rehat, makan yang berkhasiat, jangan fikir yang berat-berat, no stress ya.."
OMG! Macam tak percaya pun ada.Ini pertama kali tekanan darahku rendah.Yang lain tu semua boleh buat kecuali bab stress tu.Indeed..tekaan doktor tu tepat. Despite me is in stress, i'm trying harder to block it from my head! As usual i'm not the person yang take something too hard..But this time aku betul-betul terkepung!!
Ya Allah berikan aku pedoman..tunjukkan aku jalan mana yang harus ku tuju..amin
Doakan supaya ukhtimu ini cepat sembuh ya..jazakallah..
2 comments:
u better take care...
dah la honey darling u selalu blk lambat..
anything call up la...
thank you sissy..glad o know tthat someone care of me..hugs!doakan i cepat sihat ye..
Post a Comment