Saturday, July 31, 2010

TAHLILAN vs JALAN2 CARI PASAL!

Yeay! Sekian lama dah takde tahlilan, malam ni Hayon's family will rock the night!!

Jangan salah anggap..tahlilan kami baik-baik macam majlis orang lain jugak. Tapi majlis ni adalah peluang tuk keluarga besar kami berkumpul dan merapatkan silaturrahim. Memang syiok jumpa makhluk-makhluk itu!

Terima kasih tuan rumah..mmuah!

Sangat tidak sabar untuk berjumpa kalian..yang geng cemolot memang gedik syiok gila nak jumpa uolls! Yang geng ala-ala perasan diva tu akak senyumkan je la..bior je la. whatever!!



HAKAK DAH TAK KOSE HOKEHH!!








Sebelum geraks ke majlis tahlilan, niat di hati nak jalan-jalan cari pasal japs. Nak ke Ikea atau memanalah tuk cari pasal membuang duit. Kekwat kan..? nyampah!!

Aku dah kepam la duk rumah.. Nak gi memanjakan diri la pulak. Wanna indulge diri dengan barang-barang idaman.Wishlist yang tak pernah habis, tak pernah stop dan always added! Cemana..???

Hujung-hujung bulan ni gatal je tangan nak campak duit yang tak berapa banyak tu. Macamla banyak sangat duit ada..Tu je la yang ada pun.. uhukuhuk..

Nak sauk sport shoes baru. Pagi ni pegi studio sedih gile sport shoes cap hadibas kesayangan yang gudgirl tu (sebab dah 4 tahun umur dia) udah tercabut sikit tapaknya. Heran pun ada sebab kasut tu aku pakai dalam studio je. ermm akak sayang kasut tu. Sedap pakai uolls!

Kata si instruktor 'dia suruh beli yang baru, penat dah dia bercakap sampai taknak tutup terus dah mulut dia!'

So jadilah kejadian aku berstokin sahaja berhiyah-hiyah hari ini. Nasib baik hi-impact sekejap je. Lepas tu buat yoga. Lega.. Kalau tidak sakit jugak kaki melompat. Macam kaki ayam la gamakya..

Tapikan aku nak hantar repair jugak kasut tu. Sayang oii..hadibas tuh..mahal sikit la bukan mahal banyak..hehehe


TERIMA KASIH TAK TERHINGGA KEPADA si PEMBERI NAFKAH...

sodih dan insap aku tetiba.. :(


tapi projek harus on..on jangan tak on!silap-silap yang si pemberi nafkah lagi banyak aku belanja dari diri aku sendiri. Sebab selalunya cenggitu la...baik kan lilmango?ngeeeeee

Thursday, July 29, 2010

RINDU


Aku rindu dia. Tidak faham dengan nature of job nya sekarang. Sangat sibuk! Sampai anak-anak pun dah pandai komplen.Kata anak "Marsya tak suka ada papa yang balik malam.Marsya nak ada papa yang balik petang macam papa Yaya. Boleh bawak Marsya jalan-jalan,main petang-petang".  

Si darling Sofiya pulak pernah suatu ketika menangis teresak kerana rindukan si papa tidurkan dia. Hiba sungguh hati tengok anak menangis teresak-esak. Dah lama papa tak tidurkan dia walaupun anak itu sudah 10 tahun sekarang. Dah lama juga kami tak berdinner bersama. Hanya dapat dinner dua hari sahaja dalam tujuh hari seminggu - sabtu dan ahad.

Telefon jarang sekali dijawab.Sms akan mengambil masa berjam-jam lamanya tuk dibalas.Mengharap panggilan dari dia? Ibarat bulan jatuh ke riba!

Terkadang hati ini merajuk hiba. Terasa dah tak dipeduli dia. Sunyi sepi dari belaian.Dah tak sayang ke..?

Hari ini Khamis. Malam ini malam Jumaat. Aku rindu tika kami masih menetap di pantai timur. Malam Jumaat ini selalunya kami akan pergi ke surau mengikuti majlis ilmu. Jumaatnya pula adalah hari cuti umum. 

Pagi Jumaat kami keluar awal pagi sesudah subuh. Beriadhah di tepian pantai sambil membawa anak ke taman permainan. Bersarapan sambil lepaking menikmati nasi dagang terenak eva di pantai sehingga lah naiknya matahari terik memancar.

Aku rindu saat itu. Bilakah akan kembali memoir itu sayang...?


Sudah dua malam kami tidak bersua kerana si darling honey ke selatan tanah air atas tugasan. Hanya malam tadi baru pulang.

Bersihkan diri dan tidur. Penat katanya. 'Pagi esok at 9 i ada meeting dengan board of director.'

Pasrah...

Tapi aku sangat berlapang dada kerana dia tiba dari JB ketika anak-anak masih celik. Berlari sambil menjerit "papaaaaaaaaaaa..!" lalu merangkul sepolosok tubuh kecil papanya. Makin kurus aku lihat dek tuntutan kerja. Seorang di kaki, seorang dalam dakapan dan seorang lagi di pinggang. Alhamdulillah..Kau masih memberi kegembiraan itu ya Allah.

Aku rindu saat kau baring di pangkuan ku..dan aku di pangkuanmu. Kau usap lembut rambutku. Mengucap kalimah cinta...





KITCHEN ITU OFFICE KU




Kalau dulu rutin aku memang boringg memanjang. Sekarang sampai dah tak sempat nak boring! Apa kes??!

Sekarang hamekk! Sampai dah tak sempat nak gedik-gedik boring..'nak sangattt..' kata darling honey.

'Orang suruh duduk diam-diam,manja-manjakan diri nak sangat keje.' ~chehh!!

Hukhukhuk...sedih giler teringat waktu memprimadonakan diri. Nak pergi shoping ke makan-makan ke..ambik kunci kereta start enjin..vroooomm!!

Sekarang nak ngilat kuku pun tak dapat.Yela pagi pegi manicure pedicure,jap lagi balik ngadap butter serbuk koko,seribu macam kaler makler habes kuku aku! You can't imagine how comot i am!!




gegirl ni comel la  kalau comot pun..aku??!


Sekarang..nak menangis pun ada. Bangun pagi, masuk opis, tengok diari..cek table order..runtuh lutut ai!!

Tak ambik order kesian..rasa tanggungjawab tu mengatasi segala halangan yang ada..baikla konon...


Bukan.. sebenarnya aku rasa happy sangat bila dapat gembirakan orang.Lagila kalau orang tu anak-anak kecil.Aku cintakan anak kecil.



happy kan kalau tengok kids happy camni?


Hari ini ada 2 order je pun..tapi rasa tak ada dayo nak mengadap butter dan adik beradik sepupu sepapat cik butter yang lain tuh..



peralatan perang


Tapi kan hari ini, dek kerana nak membuang rasa tak ada dayo yang meluap-luap tu..aku bereksperimen dengan ice cream cake!

Yeay!! Hati gumbira hati gumbira!

Tak sabar nak tunggu pengkomen tegar 1 dan 2 pulang untuk mengomen dan meletak bintang pada kek sekerim aku tu nanti..hihihi

Sure sedap punye!hekeleh...kankan??

Meh baca ni...

Sekerim tu aku guna sekerim vanilla je.Tapi aku parut cadbury coklat kasi hauk satu kali dalam sekerim dan ada beberapa bahan secret lain yang bikin itu sekerim lagi wow..Memang creamy nak mams lah!


Sebagai keknya aku guna coklat kek kegemaran anak-anak wek aku. Very the moist lembab-lembab gitu.

Frosting nye aku buat yang simple-simple je but still very the rich english deco kegemaranku.

Nantikan gambarnya..hehe gambar je la..Nak datang rumah!Buat appoinment.hihihi..



lebih kurang begini la..tak bole potong sebab nak tunggu pengkomen tegar1 balik!jadi sila layan gambar lebai gugel ni dulu

Tuesday, July 27, 2010

SEPI

Ke mana hilang sayap itu?
Kini umpama pergi di bawa ribut
Sudah tidak mampu untuk terbang bebas

Ke mana hilang daunan rendang yang rimbun itu?
Kini umpama gugur kering ke tanah gersang 
Sudah tidak membawa subur baja  yang kutabur

Ke mana hilang dahan tempat aku bergayut riang itu?
Kini umpama reput menanti waktu rebah ke bumi
Sudah tidak pantas tuk aku berpaut lagi 
kelak menyembah lantai bumi 

Ke mana hilangnya tawa riang itu?
Kini umpama kamar kosong yang sepi
Hanya titis airmata menemani 
Jatuh ke dasar lantai kayu usang
Basah dingin

Ku ketap bibir kedinginan
Ku sembunyi tangis di sebalik senyuman 

Di bumi Allah yang luas
Kiri kanan 
Kulihat ramai manusia berdiri

 Namun aku keseorangan
Kerna yang ku rasa kini
Hanya sepi..
























Monday, July 26, 2010

A DECADE JOURNEY OF PRINCESS SOFIYA

Alhamdulillahi rabbil aalamiin..26 Julai 2010 genap 10 dekad Sofiya mewarnai diari hidupku dan esok Nisfu Syaaban.

Hati ini sangat bersyukur dan gembira. What a great day happened to me this year!

Esok juga genaplah 2 tahun arwah ibu mertuaku pulang ke rahmatullah. Semoga mak berbahagia di sana..

Nothing much to say here kerana sekeping hati ini sangat berbahagia sehingga tiada ayat yang boleh menggambarkan kegembiraan itu.

Anak dara mama dah besar! Semoga jalan hidupmu dipermudahkan Allah dan sentiasa dilimpahi dengan kasih sayang.

10 tahun berlalu tak terasa. Tika diri ini bertatih memasuki alam perkahwinan, masih samar dalam segala hal kami dianugerahkan rezeki yang maha berharga dariNya..

Bunting pelamin setelah sebulan sah bergelar isteri membawa bermacam-macam sejarah.

Waktu itu tiada lain di dalam diri hanyalah satu. Aku harus memulakan kick off yang mega!

Fasa demi fasa aku cuba terokai dan grab apa sahaja yang datang wisely, gradually. Demi memastikan diri ini bersedia menerima orang baru dalam hidup aku dan dia.

MasyaAllah..bukan mudah..ketawa dan airmata silih berganti!

Pengalaman pertama bila satu nyawa dihembuskan ke dalam rahimku ini adalah sangat mengujakan.1001 perasaan tuk digambarkan.

Morning sickness yang sangat-sangat mencabar ditambah pula tekanan dari pihak-pihak tertentu sangat-sangat membuat diri ini kekadang lemah longlai tuk berdiri menghadapi hari-hari mendatang.

Disebabkan itu agaknya anak yang satu ini sangat halus hatinya. Kerana aku sangat banyak ditemani airmata ketika tempoh 9 bulan 10 hari itu.

Biarlah ia menjadi sejarah yang indah. Walau hakikatnya pahit. Telah aku lipat kemas-kemas dan kusimpan di suatu sudut yang teramat terpencil di hati ini. Terkadang pintu hati diketuk kenangan itu, tapi aku masih mampu senyum dan redha pada setiap yang berlaku.

Bukan mudah untuk mudah bukan..?

Dalam diri cuba terus mencari kekuatan tuk melawan apa sahaja yang datang, aku dan dia terus gembira dengan segala macam perancangan tuk menyambut kedatangan si kecil ini.

Dengan rezeki yang ada kami tetap mampu menyediakan yang terbaik tuk anak yang ditunggu.

Tiba masa kelahiran, anak ini tidak sabar lagi tuk bertemu si pengendongnya ini..Dia lahir awal 2 minggu. Pintu rahimku telah terbuka 4cm pada minggu yang ke 34. Si doktor terkejut! Aku? Lagila terkejut!

Kelakar bila doktor kata 'jalan kepit-kepit sikit. Jangan terlalu aktif!'

Memang di ambang tujuh bulan aku mengendong si kecil ini aku sudah banyakkan berjalan. Dalam buku kata suruh banyak berjalan supaya mudah tuk bersalin. So, aku pun berjalanlah..

Tiba hari 25 Julai 2000. Pulang dari pejabat, aku mandi. Maghrib pun dah masuk. Waktu ambil wudhuk tiba-tiba rasa dua kaki aku ni vibrate. Ye..vibrate macam handphone tu for a few second. Pastu rasa macam koyak sikit kat part tu..Kelakar..its like u tearing the paper tu..trrrrrrr!!terasa koyakan itu di situ!

Tak ada tanda lain aku pun meneruskan rutin macam biasa. Vibrate lagi! Instict tu dah lain macam je.

Darah takde, air ketuban pun tak pecah. Aku pun tak sedap hati.. Get ready to the hospital. Saja la nak check kan.Kot-kot la..Kalau dah check tak ada apa-apa fine lah.Sebab dah bukak 4cm kan....

Sebelum pergi siap minum milo panas lagi. Makan biskut konon-konon nak tambah tenaga masa meneran nanti. Confident je haha!

Sah! 10.50 malam di labour room. Sampai-sampai midwife check dah 6.5cm. Aku macam takde apa-apa je.Tak rasa apa-apa punnn.. Siap bole tengok tv.Baca surah Yaasin 3-4 round dengan darling honey.Hairan pun ada sebenarnya.ni kisah benar

Dah pukul 11.30 malam mata pun mengantuk. Nak tidolah.

11.50 tiba-tiba aku terjaga dan terus meluru ke bilik air. Muntah!2 kali!

Hisy! Dalam hati, kenapa plak ni? Salah makan ke? Aku tekan button emergency. Midwife datang. Dia panik aku takde di katil.

Nasib baik aku muntah lagi. Dia tau la aku dalam bilik air. Darling honey pulak turun pegi kedai mamak for supper.Boleh lagi pergi supper dia..hekk.

Lepas tu aku dah tak daya nak berdiri. Siap tanya midwife 'kenapa saya muntah-muntah ni?'

'Memang simptom lain-lain dik. Meh saya pimpin ke katil. Saya cek sekali lagi ye'..Lepas selukan..'Owh dah 9cm!'

Terus doktor dipanggil.Darling honey sampai tepat pada masanya.

Barulah aku rasa sakit pinggang, perut memulas mak ooii!! Kaki ni tak berhenti vibrate..Aku atas katil tu redha je lah apa diorang nak buat.Darling honey setia di sisi membaca ayat-ayat suci dan tangan aku menggenggam kuat tangannya. Mata kami saling bertentangan.

Aku mencari kekuatan. Sambil terus fokus mendengar arahan doktor dan midwife, mulut ini tidak berhenti mengucap kalimah Allah, Al Fatihah, Ayat Kursi dan doa nabi Yunus ketika di dalam perut ikan yu.

Alhamdulillah dalam airmata yang tak putus-putus menahan kesakitan, si kecil ini keluar dari rahim ku menghirup nafasnya yang pertama di dunia nyata tepat 1:21am.

No injection.No epidural..U such a strong mom! Selalu anak pertama will took hours. But you made it very well and fast. Congratulations!!

Itu kata-kata dari doktor pakar yang telah puluhan tahun berpengalaman. Iya lah kot.Dia dah tengok macam-macam jenis orang kan.Aku ni pertama kali. Mana tau semua tu. Aku senyum dalam keletihan mendengar compliment dari doktor.

Kecil sahaja orangnya 2.7kg.Sangat kecil bila dipeluk darling honey tuk diiqamatkan.

NUR UMAIRAH SOFIYA ASFANIZAM..tangisan pertama sangat comel kedengaran. Kini fasa baru bermula bagi aku dan dia. Kami sudah bertiga.

Lapar betul si kecil ni.Pertama kali disua puting tuk menikmati kolustrum dia sudah pandai hisap. Pandai! kata midwife. Bersungguh-sungguh dia hisap.




Semoga anak mama menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. Amiin..


Friday, July 23, 2010

MARSYA'S SPORTS DAY

Tomorrow will be the most excited day off all for my little Marsya. Its the Tadika Sri Puncak Sports Day.

I can't imagine how excited she is right now.Everyday was a report day to me for what she had been practiced and rehearsed.

In the car while driving she will talk and talk non-stop. Excited sungguh dia.

Besides taking part in games,she will be the pompom girl..performing the cheering song while waiving the pompom.What a something that all girls dream to,no? Lompat-lompat,pusing kanan pusing kiri sambil menyanyi.Kikiki can't wait for tomorrow to see my little shy Marsya performs!







"Mama..Marsya will get a medal tomorrow. I won three times!" Seronoknya dia..

Hope she can do well in the games and race tomorrow.

"Marsya must do the best for tomorrow ok? If u won three times means you can do better for tomorrow. What the most important, u must be quick and faster than your friends. This is race.Siapa yang cepat dia yang menang ok dear..".

Its not that i'm not confident with her..its just i'm a bit worry. I know my daughter well. She's to perfectionist in whatever she do till she did'nt know how to deal with time. The same remarks from the teacher everytime i went for report day was..."She's too good in her work but slow. Coz she will only tulis yang cantik-cantik.."

But now she can manage the time better. There you go Marsya!

Unlike her sister Sofiya,she's good but she's clumsy sebab nak buat kerja nak cepat-cepat aje.

All the best for you Marsya! Mama will pray for your succeeds and winnings!

SYAABAN..

Baru saja terasa Rejab pergi..kini Syaaban pula sudah di pertengahan.Kemudian Ramadhan menjengah.Syawal pula datang..

Syawal..?Baru kurasakan hangat Syawal yang lalu..kini Syawal bakal tiba lagi.

Terlalu laju masa pergi! Sekarang dah hampir ke quarter end of 2010..haih..

Cik whitelily duk macam ni jugak!

Bila la nak maju ke depan?asek statik je..

Tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah tuhan..what a blessed!!Syukurla cik whitelily ooii!

Belum berkesempatan lagi nak berpuasa di Syaaban ni as my health still in horror! Haru betul la..Kifarahkifarahkifarah!

But still fair enough for me. Despite of all the sickness, i feel i'm more closed to Him. The more painful i felt the more i pray , the more i spoke to Him.

Only Him all my pray addressed to.


Rasa lapang dada yang sesak ini andai dapat berbicara denganNya.Alhamdulillahi rabbil 'alamiin.


Terpanggil sungguh untuk mamperbaiki diri di Syaaban.Mungkin diri ini sudah lama alpa dek kelalaian dan kenikmatan duniawi yang sementara. haih..dah 11 syaaban cik whitelily oii..baru nak bangkit?


Takpe la kan..better late than never.And never say never!!


Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,"Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Marilah kita sama-sama mengejar kebaikan itu..


FADHILAT SYAABAN


Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.





Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
  • Memperbanyakkan puasa sunat .Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

    Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa
    tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."


Thursday, July 22, 2010

KUSUT

Serabut sungguh kepala ni..kusut senak!

Nak bercerita dengan siapa? Asek sibukkkk je..haihh

Terasa nak pegi duduk kat pantai..air terjun pun best jugak..ciblon satu badan.Rendam kepala hotak yang menggelegak ni biar sejuk nyaman..pastu lemas terus!! Baru padan dengan muka :p

Hati ni toksah kata la..gedebak gedebuk je manjang..kalau bukam muslim dah lama gaknye buat bende yang terlarang!

Nasib baik iman kental di dada..alhamdulillah..*kental ke?*

Dak eh..bukan aku kata nak *tuuuuuut*! Saje je ibaratkan mcm org Jepun ke India ke..depa kan camtu?kan kan kan..?

Alhamdulillah im born as a muslim..Betapa besar nikmat Allah beri??!

Dengan badan yang tak sihat je kebelakangan ni..kekadang rasa tak terdaya nak heret badan dengan masalah-masalah yang bergoni-goni ni..

Tapi bila kita redha kan..sekejapan je hilang melayang problemo de amor tu!!de amor ke??hok hok tuih! 

Kalau redha rasa hilang melayang kejap de amor yang satu ni, pastu hinggap balik..pastu terbang melayang di awangan..hinggap balik..

Sampai bila nak sudah..? Sampai bila nak sihat badan..?

Allah Ya Rabbi..peliharalah hambamu ini.Berilah petunjuk agar aku menemui jalannya..

Tuesday, July 20, 2010

Nancy Ajram - Enta Eih / نانسى عجرم - إنت إيه
















Nancy Ajram - ENTA EIH (What are You?)

Enta eih
mesh kefaya alaik Tegrahni haram alaik enta eeih
Enta laih domoey habeebi tehoun alaik
Tab w laih ana radya enak tegrahni w roohi feek
Tab w laih yaani eih radya beaazabi bain edaik
(x2)

Law kan da hob ya waili minho
W law kan da zanbi matoub aanho
Law kan naseebi aeesh fe gerah
Hayaeesh fey gerah
(x2)

Mesh haram mesh haram enak tekhdaani fey hobi leek
Mesh haram elgharam we seneen hayati w 'aashe'e leek
Daa' awaam wala kan leaaba fey hayatak yetdaweek
Daa' awam el hanan w hodni albi w amali feek
(x2)

Law kan da hob ya waili minho
W law kan da zanbi matoub aanho
Law kan naseebi aaeesh fey gerah
Hayaeesh fey gerah
(x5)

Nancy Ajram - What are You?
What are you?
Is it not enough that you hurt me?
Shame on you
What are you?
Why, my love, don't my tears mean anything to you?
And why do I accept that you hurt me when my soul is in you
Why am I accepting this torment in your hands?

If this is love, love causes me so much misery
And if I am to blame, I cannot say never again
And if it's my destiny to live in torment
I'll live in torment

Have you no shame?
Have you no shame, deceiving me with the love I have for you
Isn't it a shame?
The passion and the years and longing that I am living for you?
Was it lost completely?
Or has it been a game?
Was the tenderness and my heart and faith in you all wasted?


If this is love, then love is so much misery
And if I am to blame, I cannot say "never again"
And if it's my destiny to live in torment
I'll live in torment















نانسي عجرم - انت ايه؟

انت ايه مش كفايه عليك تجرحني حرام عليك
انت ايه انت ليه دموعي حبيبي تهون عليك
طب وليه انا راضيه انك تجرحني وروحي فيك
طب وليه يعني ايه راضية بعذابي بين ايديك

لو كان ده حب ياويلي منه
لوكان ده ذنبي مااتوب عنه
لو كان نصيبي اعيش ف جراح حاعيش في جراح

مش حرام
مش حرام انك تخدعني ف حبي ليك
مش حرام الغرام وسنين حياتي وعشقي ليك
ضاع قوام ولا كان لعبة ف حياتك بتداويك
ضاع قوام الحنان وحضن قلبي واملي فيك

لو كان ده حب ياويلي منه
لوكان ده ذنبي مااتوب عنه
لو كان نصيبي اعيش ف جراح حاعيش في جراح

لو كان ده حب ياويلي منه
لوكان ده ذنبي مااتوب عنه
لو كان نصيبي اعيش ف جراح حاعيش في جراح

لو كان ده حب ياويلي منه
لوكان ده ذنبي مااتوب عنه
لو كان نصيبي اعيش ف جراح حاعيش في جراح


This number touched me so deeply many years back..I'm a super obsess of arabic song..
Kalau disampaikan hajat ingin sekali belajar menyanyi lagu-lagu arab dengan baik..*berangan di kayangan..drool*

Nancy Ajram..hmm i love this lady! She has a great voice!
Enjoy the song.

























































Monday, July 19, 2010

MENGHARAP KHABAR GEMBIRA

Alhamdulillah...selesai sudah cuppies tuk baby. :D

Banyak lagi idea tuk digarap buat si comel ni.Tapi itu saja yang termampu dek badan tika saat ini.

Harap baby suka.Harap ibu juga suka.Hope all of you happy and love it!!













































HAPPY BIRTHDAY BABY HAIFA! Si jinak-jinak merpati ni dah bole dipeluk at anytime dah..hehe















Maaf sebab mama tak dapat datang on your celebration..kakak Sofiya,kakak Marsya and Iman semua marah sebab tak dapat pergi party baby as they dah dressed up macam nak rak!

Rasa bersalah bertan-tan bila dengar baby cakap "Iman..kenapa tak datang lagi..?" uwaaa mama nak nangesh je masa dengar baby threw the words sayang..i'm so sorry as everybody in this house blamed me so much!!

InsyaAllah mama,papa,Iman, kak sofie and kak Marsya will plan for another party for you ya baby comey!

LOVE HUGS BABY!!

Wednesday, July 14, 2010

SYUKUR

Bersyukur masih ada nafas

Bersyukur masih boleh sujud

Bersyukur masih boleh bertaubat

Bersyukur masih boleh dengar hilai tawa tangis anak

Bersyukur masih boleh didakap dia

Bersyukur masih boleh tatap wajah kedut ibu ayah

Bersyukur masih boleh terasa hangatnya matahari

Bersyukur masih boleh basahi tekak dengan air bersih

Bersyukur masih boleh makan..walau nasi dan kuah sup

Bersyukur masih boleh berlindung dari panas dingin

Bersyukur boleh tidur dengan damai...

Andai semua nikmat ini ditarik satu persatu..apakah aku?siapakah aku?bagaimanakah aku?di manakah aku?
.
.
.
.
.
.

Terkenang mereka- anak kecil,sang tua, ibu di bumi Palestin..

Alangkah bertuahnya aku..

Jangan sesali dugaan Allah buatmu hari ini..kerana itu pasti menjadi pati sari buatku terus gah mencari redhaMu ya Rahim...

Tuesday, July 13, 2010

BUDAK GEDIK no.2 DATANG


Yeay! Budak gedik no.2 datang.Budak gedik no.1 tak tau lagi ni sebab dia masih di sekolah agama..

Habislah kalau dua besfren gedik berjumpa.

Marsya sangat gembira jumpa budak gedik no.2!

Sampai waktu budak gedik no.2 balik Marsya masih macam lost je..'kenapa kak najad ikut kawan dia balik?kenapa kak najad tak sleep dengan masya?'

Iman mintak susu dari budak gedik no.2! amboiamboiamboii..pandai mintak dengan Ajad ye..sebab kalau mintak dengan mama, sory la nak dapat..mesti ikut jadual ye baby boy.

Sofiya menjerit kegembiraan dalam kereta bila mama bagitahu kakak najad ada kat rumah waktu jemput dia balik sekolah agama.

Terjadilah adegan polokpolok antara budak gedik no.1 dan budak gedik no.2...hekeleh macam bangla jejak kasih! Dahla muka sama!

Hehe..budak gedik no.2 pegi dapur cerita secret pada saya. Hahahahahaha....memang lawak la secret kau najad! Kita serupa..sabar je lah..sama-samalah kita berusaha agar cik secret kita tu setel!

Budak gedik no.2 godek petiais.Jumpa muffin pisang yang saya bake untuk brekfes.Tapi orang dalam rumah ni macam dah tak heran nak makan.Sebab banyak sangat kot.Ermm sungguh tidak mulia moral mereka.Sodih hati tukang bake..Agaknya dah muak kot asekasek muffin asekasek kek!


Yela..soksok mama buat ciken pai ke pizza ke ye...

Budak gedik no.2 suka bukan main dapat bawak balik muffin..bawaklah balik mahalah muffin tu najad..dah katanya sedap sangat kan..dah katanya asek lapar je kat uia tu..apa?makanan takde..food di cafe mahal-mahal belaka..haa silalah kenduri muffin.


Terima kasihlah clearkan stok saya..

Ok time to byebye..polokpolok ciumcium..jaga diri.Rajin-rajin belajar..Jangan usya mamat hensem.

Buat qiela dan jana..terima kasih datang rumah anty..Lain kali datang lagi..kita makan besar punye!

Again..Monsters saya rindu kakak Najad lagi!!













DAH PANDAI ANAK MAMA

"Marsya asked me the skirt uniform..not twice not three..its many times.But i didn't received any order nor a phone call from you.Do you mind if i give her puan..? Saya tak sampai hati.."

Owh my darling diamond Marsya..u big girl now!The desire makes you such a selamber brave girl ..

Marsya oh Marsya..Marsya tengok siapa pakai skirt uniform yang sampai berkenan sangat..sampai selamber mintak pada Miss Billy..sampai tak sempat-sempat bagitahu mama..?

"Anissa, Diana, Agiho the korean girl..and few of my friend. I dont have the skirt uniform..Marsya nak.."

Hemm..anak!Baru je beli unifom awal tahun..sekarang nak beli lagi..

Agaknya si cikgu pun dah tak sampai hati nak cakap 'no' kot.

Ok la..i take it..i'll pay u later ya.

Terfikir sejenak. Apalah respon kalau si ibu tengah tak berduit kan..?

Ye lah..mana nak sangka  badai taufan kalau Allah nak duga..

Rasa nak menangis kuat-kuat  kot dalam bilik air kalau permintaan anak tu tak dapat di penuhi..

Kadang-kadang pernah je terjadi macam tu..Hidup ni penuh dengan cabaran dan kejutan..

Lagilah kalau dah tak boleh lari dari keadaan..SQUARE!.Memang la tak boleh nak menyorok..

Korek duit simpanan la jawabnya..

Kalau silap kiraan memang boleh telingkup tengah jalan..

Budak....manalah dia faham...

Dia mana tahu pasal nak cari duit ni. Tahu mintak dan tahu ada je

Memang kalau dah jadi ibubapa ni senang cerita kena sentiasa ada duit di poket. Lagi lah hidup di abad ke doploh ni..nak buang hajat pun kena ada bayar! Nak tanam pokok tanah pun kena beli!

Kalau tahulah dek nenek moyang kita mesti digelakkannya!

Haaiiiiii...anak oh anak..duit oh duit!!

Monday, July 12, 2010

RINDU

Aku rindu

Aku sedih

Tapi aku rindu

Tapi aku kecil hati

Memang aku rindu...

Sampai hati!

Tidak mahu dikata menagih simpati lagi..

Biarlah aku bawa diri jauh..

Akan ku redah jalan yang aku pilih walau dipayungi daun kecil dan ditongkat ranting rapuh..

Doa aku tidak pernah putus agar kau terus bahagia di sana..

Terima kasih darling honey.. bahumu sentiasa menjadi  tanah lapang untuk aku berlari riang walau larian itu kerap tempang dek hati yang sentiasa di calar dia..

Kerana kau begitu memahami hatiku..darling honey

Saturday, July 10, 2010

ISRAK MIKRAJ

Selamat Menyambut Israk Mikraj 2010..Alhamdulillah bertemu lagi hari yang penuh sejarah





foto ikhsan http://qhazanah.wordpress.com


Sempena kehadiran sejarah peristiwa mukjizat Allah ini,  semoga dapatlah kita hayati intipati ruhnya, demi memperbaiki amalan kita sebagai hamba-NYA.. Ya Rabbul Izzati

Friday, July 9, 2010

BAWALAH RESAH INI PERGI..

Pagi Jumaat yang indah..


Aku bangkit..kepala sudah ringan sedikit.Syukur..


Entah kenapa walaupun sengsara begini aku masih mahu berblog! Melegakan....?


Pagi ini aku terjumpa sebuah santapan rohani yang begitu menggoncang jiwa.Sangat puitis, sangat padat, sangat tepat di meter kamus ku..Yang bisa meruntuhkan langit tebalku lalu jatuh airmata ke pipi menginsafi diri..


Karya asal di sini..


Di Saat

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang.. ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
Disaat kamu mulai tidak mencintainya..ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
Di saat kamu mulai bosan dengannya..ingatlah selalu saat terindah bersamanya


Di saat kamu ingin menduakannya..bayangkan jika dia selalu setia
Saat kamu ingin membohonginya..ingatlah di saat dia jujur padamu
Maka kamu akan merasakan arti dia untukmu


Jangan sampai disaat dia sudah tidak di sisimu
Kamu baru menyadari semua arti dirinya untukmu


Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari


Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian


Namun yang lebih susah mempertahankan apa yang ada
Karena walaupun tergenggam bisa terlepas juga


Ingatlah pada pepatah " Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu suka saat ini"


Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif
Hidup bagaikan mimpi,seindah apapun
Begitu bangun semuanya sirna tak berbekas


Rumah mewah bagai istana
Harta benda yang tak terhitung
Kedudukan, dan jabatan yang luar biasa, namun..


Ketika nafas terakhir tiba,
sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki


Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan
Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani


Jangan terlalu perhitungan
Jangan hanya mau menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama 
Apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita


Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa


Tak ada yang tak bisa diikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus...