Monday, February 14, 2011

SOLLALLAHU ALAIHI WASALAM







Alhamdulillah, segala puji dan puja dirafaakkan kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan..


Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah huswaatun hasannah iaitu ikutan dan contoh tauladan yang baik bagi umat Islam untuk mengikuti segala akhlak dan perilaku Baginda yang sangat mulia lagi terpuji seperti cara kepimpinan Baginda, pergaulan, pertuturan, cara Baginda makan dan minum dan sebagainya. Ini telah dijelaskan di dalam firman Allah Subhanahu Wata'ala..

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharap keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang".



Surah Al Ahzab ayat 21


Kamu seindah-indah ciptaan Allah. Kamu sebaik-baik ikutan. Kamu hias dirimu dengan secantik-cantik akhlaq..


Kami seuntung-untung umat. Tetapi kami sealpa-alpa khalifah...Syafaatmu kami dambakan..amin

No comments: