Friday, February 18, 2011

KISAH TALAM


TALAM BERMUKA DUA

Sedihkan kalau terjumpa dengan manusia bermuka dua.. depan kita baik, belakang tak cukup mulut mengata.. siap termuncung-muncung mulut tuh, boleh disangkut hanger.. sekarang barulah aku rasa seronok nak bukak cerita dengan lebih detail pasal talam bermuka dua nih.. amarah dah padam.. tapi pengalaman itu membuatkan aku untuk sentiasa berhati-hati in future..

Cerita-cerita nih based kepada pengalaman aku dan juga kawan-kawan aku yang lain la.. untuk pengajaran kita bersama..

1. talam yang melaga-lagakan orang
ade spesies talam yang suka melaga-lagakan orang.. maybe sebab dia jealous tengok dua orang berkawan baik, maka nya dia interframe dan melaga-laga kan dua orang kawan tuh.. so berantakkan laaaa.. talam jenis nih, kasik delete je dari FB dan juga social networking yang lain.. muhahahahha..

2. talam yang nak nampak baik
maksudnya, dalam apa jua tindakan dia, dia takkan nampak buruk atau bersalah.. walaupun sebab mulut dia orang bergaduh ke, tapi orang tak sedar dia adalah dalangnya.. sebab, dia pandai cover.. talam jenis nih, boleh je kawan dgn dia, tapi careful la.. make sure jangan jadi balaci dia, dan jangan nak citer apa-apa rahsia pun kat dia..

3. talam yang menjadi penikam
paham tak??? talam spesies nih adalah tajam.. dah la talam dua muka, pastuh dia back stab plak.. haaa talam spesies nih yang sangat keji la kan.. talam nih, jangan dibuat kawan langsung..

4. talam yang tak sedar dia adalah talam
talam nihhhh sangat la pathetic.. dia adalah punca onar, tapi boleh pulak bertanya kan kat orang lain, salah dia ke??? silap-silap, dia akan claim diri dia teraniaya... hahaha, haku tak paham dengan talam nih.. owh, spesies talam nih, adalah spesies kuat bodek.. confirmmm...!!!!!! talam jenis nih, ko campakla dia kat mana-mana, memang boleh hidup..

So, uols talam yang mana? semua di atas? 

Adeeeeeeee, aku pernah jumpa ye... heheheh... 


Sebenarnya...melambak, besepah, naik temuak tekak. Makanya kena selalu hati-hati ye...depan kita pijak semut pun tak mati, belakang kita dia pijak gajah pun mampuih....hahaha



credits to miss koddox jelita

Thursday, February 17, 2011

AYAM BERAK KAPUR

Uwaaaaa!! Tensi-tensi.. Tadi ada missed call. Nombor 0302..

Hermm siapa pulak?

Ni nombor obesi neh. Tu lah. Malas lagi nak jawab. Ye la konon bajet takde siapa yang nak call.

Mana nak sangka cepat pulak darling nak call. Rindu i ye..? *konon*

Petang tadi pun miss lagi! Darling pesan on je ym. Coz anytime dia akan buzz.

Patutla tak sedap hati, gelisah je waktu yang sama darling buzz. Masa tu ada di rumah mak.

Adehhh. Miss you la darling..


SENAH KE US AKHIRNYA!

Alhamdulillah...


Ahkak senahhhhhhhhhh!!! seronok nya kamu..adik milah tumpang beronok2 lah!


Poie jo lah..bukan senang nak dpt peluang cenggini..

Anak2 tu ramai yg nak tolong jaga,tolong tapau..dun worry!

Yang penting posing kasi hot2. Hover2! Kasi haplod gambo. 



Dan yang PALING penting siap2kan reserve luggage tuk bawak handbag adik milah barang 3-4 biji hokke!*aku book awal2 neh*hahaha..

Banyak list adik milah ni..ko tunggu jo lah..kekekeke*tiba-tiba dah lupa pada tobak nasuha*

Shoping baju raya trus la gitu..

Tahniah lerrrrrrrrrrr..hoyeahhh!!

Sebelum pegi yok kita partyyyyyyyyyyyyy!!!

KAD MANILA

Bismillahirahmanirahim...

Kalam suci memulai.


Mabuhay!!

Semoga perjalananmu dipelihara dan dilindung Allah pada setiap saat dan detik yang berlalu dan mendatang..

Kadang kala hati berat melepaskanmu. Tetapi katamu demi mencari sesuap nasi untuk anak isteri kurelakan jua..*mode leleh*

Boarding sms subuh tadi membuatku menitiskan airmata di atas sejadah seusai menghadap ilahi..

*take care and i love you sayang...*

I rindu you!

Meet you in Email and ym darling!

Semoga usahamu diredhai jua diberkati Ilahi

Amin...

Monday, February 14, 2011

DIVA vs WANNABE

Hello there! hello my blog my luv. Dah penuh habuk sawang segala rumah ni ye. Out of idea? Nolah. Malas melanda!

Ewwwww!! Tapi hari ni teruja+gigih+rajin1000kali+kagum dengan keinginan diri. Hahahaha...

Story diva ni sebenarnya dah lapuk dah. Tapi kan, kalau dah diva kan, memanglah disukai ramai.

Nih. Si wannabe nih. Takyah nak wannabe-wannabe sangatlah. Gaya macam tak reti apa-apa kan. Tapi kerja jalan you! Korek. Gali. Sauk. Tapi mute-mute gitu. Kekekeke...alaahaiiii..

Oi si wannabe! Dah-dah la tu.. Bukan akaq tak tahu kau kagum dengan akaq. Dari hujung tudung sampai hujung   kelingking kakiku akaq tahu kau kagum!

Meh sini akaq nak stoghy sket. Cantik itu lahir dari dalam. Faham tak? Faham tak akaq cakap ni? Bukan cantik itu boleh ditempek-tempek macam kita tempek cream kat kek tu. Kalau cake itu sendiri sudah out rasanya..memang orang main colek-colek je lah cream tu kan.... akhirnya kek tinggal di pandang sepi.Keras dalam peti. Kejung. Akhirnya naik sampah lori. Heheheh..

Hehh maleh lah nak cakap lagi.

Wannabe pikirlah sendiri!

SOLLALLAHU ALAIHI WASALAM







Alhamdulillah, segala puji dan puja dirafaakkan kepada Allah yang telah memberikan segala nikmat, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan..


Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam adalah huswaatun hasannah iaitu ikutan dan contoh tauladan yang baik bagi umat Islam untuk mengikuti segala akhlak dan perilaku Baginda yang sangat mulia lagi terpuji seperti cara kepimpinan Baginda, pergaulan, pertuturan, cara Baginda makan dan minum dan sebagainya. Ini telah dijelaskan di dalam firman Allah Subhanahu Wata'ala..

"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharap keredaan Allah dan balasan baik hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah dan senang".



Surah Al Ahzab ayat 21


Kamu seindah-indah ciptaan Allah. Kamu sebaik-baik ikutan. Kamu hias dirimu dengan secantik-cantik akhlaq..


Kami seuntung-untung umat. Tetapi kami sealpa-alpa khalifah...Syafaatmu kami dambakan..amin