"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32
Sudah bongkok badan ni memikul beban dosa. Hakikatnya memang sudah bongkok dua tiga kot walaupun masih lentik body pabila menyarung high heels. Suatu ketika ku pernah hidup dengan ego, mendabik dada, suka bersengketa dan berbagai peel huduh yang lain. Sebab apa? Sebab geram! Geram dengan orang yang tidak sama peel dengan kita. Bila geram datang pulak incik marah. Bila marah datang, tu yang menjemput peel yang bukan-bukan. Tunduk dengan pujuk rayu syaitan! Hidup jauh dari syariat walaupun masih ada yang lagi jauh. Malu dengan diri sendiri!
Bila pulang ke rumah hati sangat pilu tidak dapat berkasih sayang. Kesal menyesal! Kadang-kadang umpama tidak kenal dengan diri sendiri. *apa kena dengan aku ni?* Hairan! sigh.. Juga sangat sayu pabila tidak di beri peluang tuk berkasih sayang. Kadangkala memberi tetapi tiada yang menyambut.Ye lah..masing-masing punya ego! Nak di apakan..... bukan anak kecil boleh di rotan-rotan.
Dalam usia yang sebegini, yang ku mahu hanya senyum yang bahagia dari lubuk hati. Mahu jauh dari hasad , jauh dari dengki, jauh dari iri, jauh dari berkelahi, jauh dari yang semua berhaluan kiri. Ku mahu bahagia, senyum yang bukan pura-pura, kasih yang sejati, sayang yang lahir dari hati yang suci. Hidup yang ikhlas agar waktu tiba lelapnya mata di malam hari, nyenyak lena dibuai mimpi yang indah-indah.
Agar waktu tibanya dijemputNya aku bisa tersenyum juga. Senyum yang penuh keimanan menghadap Robbul Izzati.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain dan kemudiannya mereka keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa tu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi nya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:”Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
wallahua'lam... :'(
No comments:
Post a Comment