Wednesday, December 22, 2010

OMBAK RINDU

16 done.

38 done.
     .
     .
     .
     .
     .
Uwaaaa! dah 66! Perasaan sekarang seolah-olah tidak mahu mengakhiri bacaan yang indah ini. Kerana penulisannya betul-betul membawa diri saya ke dalam cerita itu. Seolah-olah dekat dengan dunia dan watak dalam novel hebat ini. Tanpa peduli hiruk pikuk anak berlari, bergumpal, menjerit. Khusyuk! Sesekali Iman terhenti berlari dan bertanya "kenapa mama ketawa? or.. kenapa mama cry?" tanpa sedar kelakuan itu beriringan selari dengan bacaan.

Sudah tamat tapi hati masih dipeluk momen indah si ombak rindu.....(*-*). Sudah lama perasaan itu tidak hadir. Sangat lama. Kali terakhir adalah ketika menyulam bacaan novel Elias Hj Idris- Bunga Bukan Semusim  dan Kehilangan berbelas tahun yang lalu!

Saya betul-betul lena dalam pelukan ombak rindu! Terima kasih theMe! Congrats Fauziah Ashari..

Tuesday, December 14, 2010

RUMAH DI TEMPAT YANG TINGGI DI SYURGA

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga." 


"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32


Sudah bongkok badan ni memikul beban dosa. Hakikatnya memang sudah bongkok dua tiga kot walaupun masih lentik body pabila menyarung high heels. Suatu ketika ku pernah hidup dengan ego, mendabik dada, suka bersengketa dan berbagai peel huduh yang lain. Sebab apa? Sebab geram! Geram dengan orang yang tidak sama peel dengan kita. Bila geram datang pulak incik marah. Bila marah datang, tu yang menjemput peel yang bukan-bukan. Tunduk dengan pujuk rayu syaitan! Hidup jauh dari syariat walaupun masih ada yang lagi jauh. Malu dengan diri sendiri!


Bila pulang ke rumah hati sangat pilu tidak dapat berkasih sayang. Kesal menyesal! Kadang-kadang umpama tidak kenal dengan diri sendiri. *apa kena dengan aku ni?* Hairan! sigh.. Juga sangat sayu pabila tidak di beri peluang tuk berkasih sayang. Kadangkala memberi tetapi tiada yang menyambut.Ye lah..masing-masing punya ego! Nak di apakan..... bukan anak kecil boleh di rotan-rotan.


Dalam usia yang sebegini, yang ku mahu hanya senyum yang bahagia dari lubuk hati. Mahu jauh dari hasad , jauh dari dengki, jauh dari iri, jauh dari berkelahi, jauh dari yang semua berhaluan kiri. Ku mahu bahagia, senyum yang bukan pura-pura, kasih yang sejati, sayang yang lahir dari hati yang suci. Hidup yang ikhlas agar waktu tiba lelapnya mata di malam hari, nyenyak lena dibuai mimpi yang indah-indah. 


Agar waktu tibanya dijemputNya aku bisa tersenyum juga. Senyum yang penuh keimanan menghadap Robbul Izzati.


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain dan kemudiannya mereka keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa tu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi nya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:”Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
wallahua'lam... :'(

Friday, December 3, 2010

ALFATIHAH MUJARAB AYAT ALLAH

AL-FATIHAH

  • Baca 14 kali sebelum tidur ~ Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
  • Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian ~ Melepaskan rasa sakit dalaman
  • Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur ~ Kepada orang berpenyakit mental
  • Baca 3 kali tiup dalam segelas air. minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit ~ Sakit yang keterlaluan
  • Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala ~ Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa 
  • Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit ~ Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu


*BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

ZIKIR

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH 
  • Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. 
  • Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. 
  • Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya). InsyaAllah

AWET MUDA (dalaman dan luaran)

  • Zikir Baca Ya Badiyah -1 kali Ya Nur - 1 kali Ya Hadi - 1 kali Ya Allah – 3 kali. Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.
  • Surah Al-Waqiah (ayat 35, 36, 37, 38) Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum

Selamat beramal. Barakallah..

Wednesday, December 1, 2010

OLA HYE!

It's officially December. Can't believe it. Sangat mahu mencari butang pause di ketika ini. Betapa cepat masa berlari.

Tiba-tiba hati sayu mengenang masa yang ditinggalkan pergi. Mengira dan menghitung. Mencampur dan menolak. Mendarab dan membahagi. Tak payah nak buat onar la cikMangga. Masa itu ke depan. Mana ada gostan. Pikirnya mobil bisa gostan? Enaq ajja kamu!

Haihh..tah apa-apa yang dah aku isi sepanjang 2010 ni.... moga terselit sekelumit markah pahala disebalik dosa yang bertambun-timbun.

Aduhh.. hanya beberapa detik ke hadapan kalendar hijrah juga bakal berganti wajah. Muncul wajah baru. 1432Hijriah.

Kurang dari 30 hari lagi tahun baru juga menjengah - 2011. Dulu waktu zaman sekolah, lama bukan main nak tunggu penggal akhir. Sekarang? Tak terasa. Tahu-tahu dah setengah tahun berlepas. Tahu-tahu 2010 bakal meninggalkan diri.

2010 banyak kenangan pada cikMangga. Dari yang sangat manis, manis, kurang manis sampailah yang ke tahap kelat pahit maung rentung! Iollss kena back to back uollss..regardless family sen-diri mahupun family bukan duan-diri.

Ku hadap, ku telan, ku fire, ku jeruk, ku pendam, pendam sampai sembelit! Aduhhh sungguh rasanya. Betul-betul macam pasemboq makan dengan abc cendoi+milo tabur. Biarlah Allah yang maha berkuasa mengadilinya.

Waima buruk baik yang datang.. redha jualah hati ikhlaslah wahai hati. Melupai, memaafi, dan mengharap dimaafi.





Yang pasti masa untuk berjoli-joli dengan anak dan suami kini kembali. Hanya menunggu masa tuk terbang bebas berlari.