Wednesday, November 24, 2010

IMAN MY BABY BOY IS 4!

Manjanya si Iman memang tak bole dicongak.. serba serbi nak mama. Serba serbi high maintenance. Dari dalam perut sampai la celik mata ke bumi Allah yang maha indah ini.

2 perkara mama Iman nak highlight:
1~ 7 bulan morning,afternoon,evening and night sickness..24-7!
2~ 32 weeks sepatutnya dah completely turn head down but he didn't! He's a breech baby.

BEGHAK NANANG WASER!

Doktor dah ukur dan kira siap-siap if there any possibility for me to have a normal delivery..tapi pintu rahim dengan ukur lilit kepala iman takut tak lepas. Sangat denjeles kalau sangkut kat kepala sebab kedudukan baby ialah kaki di bawah kepala di atas. Sebab this baby quite embam. Alhamdulillah walaupun mama mabuk siang malam genap 7 bulan purnama tapi inilah pertama kali baby in tummy yang sihat dan embam! 3 kilo jugak akhirnya.. kakak-kakak semua 2.6kg ++.

Bila ingat-ingat ku makan apa pun tak tau la sampai baby embam macam tu. Seingat kita, kita tak lalu makan.Tak lalu masak. Paling tak tahan - TELUR aka EGG - is totally NO for me. Baik bau,makan dan tengok. Campuq dalam nasi goreng pun is a NO! Faham?? Saya pun tak faham kenapa... :o

Masak pun siap upah foster-mother yang masak. Nasib baik la foster parent kami masyaAllah baiknya. Terima kasih Kak Ani dan Pok din.. Mak angkat tapi panggil Kak Ani..bole? hihihi...

Udoh breech..makanya c-sect le jawabnya.. Umpama luluh hati di carik sembilu.. Redha di situ.. :(

Proses epidural sangat menyayat hati. Sesudah mengucap sebatang jarum besar punya dimasukkan ke tulang belakang. Aduhh perasaannya hanya Sang Pencipta dan diri ini sahaja yang tau. Plus seorang diri terpaksa lalui c-sect di OT. Pakar bius saya baik sangat baik sangat sangat baik.. Dia sentiasa di sisi, mengusap rambut,mengelap air mata dan membisik kata-kata semangat. Ku tahu darling honey setia menunggu di pintu OT pun meraung-raung mahu di sisiku. Hape daaa.. Hape punye sepital! SJMC la konon kann.. tapi haram tak kasi masuk. Last minute requisite!! Malaun mana tah yang masuk OT teman bini pastu anto surat cinta komplen panjang lebor. Ate?? Kome terel sangat kome operet le bini kome sendirik! Nyusahkan orang lain je yang sangat bersopan di bilik OT seperti kami. Sian kami.... uwaaaa...

Alhamdulillah semua selamat. 24 Nov 2006; 1:59pm..Welcome IMAN HADI BIN ASFANIZAM.. airmata tak tertahan-tahan melimpah melihat seraut wajah bapa yang mensyukuri dan merangkul erat  zuriat lelakinya di dada..Lalu kami berpelukan dalam tangisan. Azan dilaungkan di telinga Iman....syukur ya ilahi.



Meet my Iman..

Kegilaannya ialah Thomas and friend (keretapi) dan Ultraman..







Ya Allah jadikanlah anak-anak ku anak yang soleh lagi solehah. Luas akal dan tenang hatinya dalam apa yang dilakukan. Hiasilah mereka dengan akhlak yang mulia. Perkayalah kami dengan kasih sayang. Temukanlah kami semula di akhirat kelak dengan sebaik-baik pertemuan...amin.. Moga Iman berjaya dalam apa jua yang Iman lakukan ye sayang...Sentiasa mendoakan papa dan mama.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku dengan sebaik-baik kurniaanmu. Andai cacat mereka hanyalah kerana celanya aku mensyukuri nikmatmu....

Alfatihah buat Along yang telah 2 tahun genap pemergianmu ke sisi Allah pada tarikh ini- 24 nov 2008. Meninggalkan kami yang tah berapa lama lagi hidup. Tah dosa tah pahala. Sesungguhnya sayangnya kami tiada tandingan kasihnya Allah padamu MOHD AZLEY MOHD KAMAL.. Kadangkala masih tiada percaya kau telah dijemputNya...Dan kadangkala terdetik dihati 'bertuahnya along pergi diusia yang muda. tak banyak dosa nak ditanggung.' Semoga kamu tenang di dunia yang abadi.. *rindu kat along*

2 comments:

The Me said...

happy birthday iman yg babah ckp rewel..
mmmuuuuuaaaahhhhhhhh

cikMangga said...

memang rewel sampai mama kekadang naik sewel!haih iman iman...