What a nice number! 101010.
Pada yang berbahagia pada tarikh itu alhamdulillah dan tahniah.
Sebaliknya pada yang bersedih kehilangan orang tersayang diucapkan innalillahi wainnailaihiraajiun dan takziah.
Macam-macam cerita didengar sempena kedatangan tarikh ini. Yang plan tuk bernikah,bersanding pastinya berbunga-bunga di hati mereka. Yang Allah plan kita haram tak jangka. Allah Maha Agung pada setiap perancanganNya.. Subhanallah....
Tak payah la susah-susah nak sotghy siapa yang kahwin pada tarikh ni. Rasanya seantero Malaya tahu siapa kan..
Bukan main suka mereka ye. Yang pengantin pompuan tu huh menyeringai senyum. Kambin pun kalah.Naik geli pun ada tengok dia senyum cenggitu. Cam gedik je. Ewwww.. Agak-agak la. Awak tu doktor. Gadis Islam Melayu. Satu-satunya pilihan hati si angkasawan. Angkasawan kah? Naik setakat Stesen Angkasa Antarabangsa je pun. Duduk dalam Soyuz TMA-11 je pun. Bukanle macam Neil Armstrong tu je pun. The first person who set foot on the moon je pun!
Makanya cubalah sopan sikit. Udah ghope penari dbkl dah senyumnye. Penari dbkl pun ayu lagi senyumannya..ahaks!
Aku rasa kan kalau jaman dolu-dolu bak cerita mak aku kahwin dulu, mesti dah lebam-lebam peha dicubit mak andam kalau menggedik lebih macam tu.
Bukan le jealous. Gila ke hape nak jealous?? Aku kan terus terang la nak cerita. Korang scanlah hati aku ni kalau tak caya. Aku setakat nengok sheikh muzaffar tu takde lah teruja sangat berbanding aku nengok MAHER ZAIN. Ni lagi satu ni..yang si juara imam muda tu lagi la~ Asyraf. Sejuk je hati dan perut menatap wajahnya.
Hensem paras rupa tu akan bertambah aura kejantanannye jika disulami ciri-ciri keislaman. Brainer lah sket bro! Pada akulah kan. Ko hensem cemana pun, ko brainer cemana pun kalau ko tak ala-ala ostad moden ko tak cukup tampan la..aura ko ala suam-suam air kat kedai mamak yang diletak ais tu. Setakat muka je hensem aku rasa ramai lagi yang lebih lagi hensem.hehehe..
Baiklah..suka hati merekalah..mereka suke..nak buat macamanakan?
Sebaliknya perancangan Allah di petang 101010 itu sangatlah menyayat hati. Sudah tentu tarikh 101010 tidak mahu lagi dikenang keran ia hanyalah sebuah kenangan pahit.
Dalam seluruh rakyat Malaysia bergembira Allah kejutkan kita semua dengan airmata.
Seramai 12 orang maut, manakala lebih 40 lagi cedera termasuk parah apabila dua buah bas, dua buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Rembau.
Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.
Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.
Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.
Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.
AL- FATIHAH buat mereka yang kembali ke rahmatullah..semoga mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Pada yang bukan islam..takziah diucapkan.
Sedihkan? Tak sanggup nak tengok video dan gambar-gambar mayat yang bergelimpangan. Semoga ada rahmat di sebalik semua kejadian ini.
101010 juga hari kami geng cik yah melepak di restoran hakim. Aktiviti- melantak selepas pulang dari open house. Apakah?? Tapi sumpah perut cam kosong. And i swear ayam goreng tu sangat tempting till lick lick finger gitu!
Memang sesuatu tuk dikenang la..seronok anak-anak semua. Sofiya sampai tanya bila kita nak outing jauh-jauh dengan semua orang tadi mama?.. Si Dhira pulak cakap nak jalan-jalan pergi dengan mama. Ambooii sayang Dhira ngan mama! Ibu Dhira sayang mama tak?Kekeke..dah dah lap semburan air kat skrin tu. :P
Semoga kasih sayang ini diberkati Allah dan disuburkan lagi dengan Rahman dan RahimNya..amin
Oh ya! Semalam tertengok post album oleh sepupu lilmango. Destinasinya ke Sepang Gold Coast. Uhh sungguh marvellous piccas villanya..macam kat maldives pun ada..nantikan entry ini di episod akan datang ye!
Daaaaaaaaaa...
Monday, October 11, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
abt the wed - hmmmm aje la ;)
abt the accident - it's just a sad sad story
abt friedchicken hakim - marvelous!!! mau lg! juga cheese nan dia
abt outing lagi - yok! kuala gandah elephant sanctuary balik hari.. after their final exam nak?
kuala gandah jommmm.balik hari?gulp!berehh
Post a Comment