Monday, August 16, 2010

IFTAR AT JALAN MELOR

Iftar adalah satu acara tahunan di rumah Jalan Melor tu. Seronoknye nak berkumpul semula wahai family! Tapi ada cacat sikit sebab Najad tak dapat join. Rindulah kat awak Ajad :D

Hanya sup tulang sebagai buah tangan. Janji yang wajib ditunai untuk bapak as a week before bapak asked me to cook for him before leaving. "dah bapak nak makan sup tulang.." Hermm hiba pulak hati tak dapat tunaikan on the day he asked sebab abang daging tu tak meniaga la pulakk..potong la abang daging neh..

Selepas berbuka kami berjemaah Isya' dan terawih berimamkan Abang Zul. Muazzin pulak si anak- Nasuha. Alahaii sejuk perut ibu yang satu ni kalau dapat anak macam Nasuha. Bacaan si pelajar Mesir ni sungguh sedap. Abang Zul pulak memang hafiz. What a great complement. Anak dan ayah. Semoga iman juga menjadi seperti abang Nasuha ye nak..

Makan makan makan memang heaven lah family in law saya ni. Ibu dengan caramel nye..Well done ibu! Lama betul lilmango tak buat caramel. Sebab resepi caramel saya ni sangatsangat special. Rasanya sungguh sedap dan orang yang mengajar pun sangat istimewa di hati saya. Kini sudah 8 bulan lebih kurang dia meninggalkan saya di dunia yang fana ini. Kak Izan semoga kamu lebih tenang di sana.. Rindunya nak peluk Kak Izan. Teringat suatu kejadian di pagi Ramadhan terakhir kita bersua. Ingat nak lepak kejap je lepas hantar Marsya ke kindy. Dipaksanya saya sarapan nasi goreng pedas favourite lengkap bertelor mata kerbau yang digorengnya untuk saya dek kerana dia tahu saya tak puasa sebab tak datang kelas quran pagi tu! Walhal dia puasa tu. Kak Izan dimanakan ku cari ganti?

Maklong dengan pineapple fried rice,honey ciken ; makchu bawa nasi lomak; wak Jali as usual ayam tesco; Kak Nor - mihun goreng best! Kak Ziah- Nasi ayam..pun best! Saya makan a lot nasi ayam Kak Ziah..hehe..

Yang lain-lain tu tak hengat dah la..too many food. Murah betul rezeki Allah beri. Alhamdulillah. Orang lain belum tentu dapat makan. Bukan setakat nak makan sedap, dapat basahkan tekak pun dah besar rahmat bagi mereka. Lihatlah mereka yang kurang berkemampuan tu, nak buka bernasi pun belum tentu. Mereka yang di Pakistan baru sahaja dilanda banjir. Video mereka berebut beratur untuk mendapatkan nasi untuk berbuka sangat menyentuh hati kecil ini... Semoga mereka mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak..

Kita dengan Pasar Ramadhannya..MasyaAllah..sangat besar rezeki yang Allah limpahkan. Kami personally tidak mengajar anak untuk bermewah selera hingga ke pasar ramadhan kerana tujuan utama kita berpuasa adalah untuk menginsafi golongan yang fakir. Cukuplah sekadar apa yang di masak oleh saya dan sedikit belian suami dari pasar ramadhan - air soya dan kuih sejenis dua.. itupun rasa dah cukup mewah!

Saya dan anak belum lagi menjejak kaki ke pasar ramadhan..hehe..Rasa tak tau nak beli apa kalau pergi..banyak sangat makanan! Mau poning agaknye..

Marilah kita sama-sama menginsafi diri dan bersederhana di bulan yang dihadiahkan Allah untuk kita ini..

2 comments:

Fnajad said...

hikhik. bestnyeee iftar sedih tak dapat join tsk tapi nasib baik aritu kita dah iftar sama. hehe.

i like this entri la aunty. hehehe. all of it, adoi rindunye nasi ayam mak. aritu balik sempat buka sekali tu je lepas tu mak dah pergi kursus.

huhu, teringin plak nak rasa caramel aunty tu, mesti special, rawrrr! huhu.

cikMangga said...

hehe..syok kan iftar ari tu..kepsi menjilat jari!
nanti kita buat caramel tuk awak yeh..