Thursday, June 24, 2010

HATIKU TERSENTUH

Hampir 10 tahun aku memiliki jiwa dan naluri IBU ini...Bukan mudah menempuh hari-hari sebagai ibu.

Yang pasti semua itu sangat indah bagiku..andai mahu ditukar dengan wang ringgit pasti tiada satu pun nilai yang dapat membeli warna ceritaku ini..

Akulah pohon rendang yang dapat meneduhi permata dari panas terik matahari di bawah rimbunan daun yang lebat..

Akulah payung dan bumbung yang melindungi permata dari hujan lebat mahu renyai..

Akulah khemah jua dinding yang menahan ribut taufan meniup ganas permata ku..

Akulah angin yang meniup lembut mendinginkan permata dek hangat bahang panas matahari..

Akulah dahan tuk permataku berpaut andai masalah tiba melanda..
..sakit demam akulah jururawatnya..
..lapar dahaga aku setia menjadi chef dan waitress..
..kusut menyudahkan homework akulah guru tuisyennya..
..exam bakal tiba?akulah tutornya..
..salah bacaan iqra' dan quran akulah ustazahnya..
..salah tertib solat akulah mualimahnya..
..bergaduh sesama mereka akulah pengadil dan hakimya..
..bila tiba hari raya maupun special occasion akulah fashion designernya..
..andai ada satu keinginan akulah bankernya..
..mahu ke suatu destinasi akulah closet keepernya..
..baju kotor? baju kedut? akulah dobinya..
..ke sekolah?ke tuisyen?akulah drivernya..
..menangis?akulah bahu yang dipautnya..
..sedih? tangan dan dada ini yang memeluk mendamaikannya..
..gembira?ketawa?akulah yang paling gembira mendengar hilaian tawa itu..

Menangislah, ketawalah.. aku tetap menjadi penemanmu..setia bersamamu hingga ke akhirnya..

Suka duka semua kisah kami lakari bersama,benar-benar buat aku ibu yang gembira..

Terimakasih permata..kau menghiasi kanvas hidupku..terlalu banyak warna di kanvas itu kini..
warna gembira,warna sedih,warna ceria..semua punya cerita..cerita milik kita..

Andai kau tiada permata..pasti masih putih kanvas itu..tiada jiwa..kosong..hidup mama tiada ceria,tiada tawa,tiada airmata, tiada cerita..

Bawalah sejuta warna sekalipun pasti ada ruang kanvasku untuk kita lakar bersama warna yang baru menjadi warna cerita kita..

Moga kalian tetap menjadi permataku..

Puisi ini sangat terkesan di jiwa ibu ku..hati ini tersentuh..



BUAT INSAN TERSAYANG
kalau bisa ku capai bintang di langit biru,
sudah ku petik sebutir buat dirimu.

kalau diri ini pandai melakar,
sudah ku lukis seluruh keindahan alam ni diatas sebuah kanvas,
lalu ku hadiahkan istimewa buat mu.

kalau diri ini memiliki sebuah istana,
aku mahu kau tinggal disitu bersama aku sepanjang hayat kita.

kerana kau sangat mulia,
tak pernah walau sekali kedengaran keluhanmu,
namun ku tahu keperitan yg kau lalui selama kehidupan ini.

walau tak pernah sekali terlafaz kepayahanmu ,
aku mengerti dirimu sebenarnya tidak tertanggung lagi.

hari ini, bersempena ulangtahun kelahiranmu,
 kuhadiahkan buatmu doa yg berpanjangan.

semoga sentiasa dicintai Allah,
 sentiasa gembira ketawa bersama kami semua anak2 mu.
kerana senyum tawamu begitu indah di penglihatan dan pendengaranku.
(moga kau menjadi anak yang solehah..amin..)

Aku mahu menjadi ibu yang lebih baik dari hari ini..selamanya..

Yang mendukung amanah dari Mu Yang Maha Agung setulusnya..mampukah aku...?

Guide me my love God..thank you for all the special gift!

Ya Allah kau maha mengetahui pada setiap caturan hidup hambamu yang telah Kau tulis di Luh MahfuzMU..

Kau melengkapi kembara hidupku dengan begitu indah sekali...alhamdulillah.............





























3 comments:

Fnajad said...

hisk hisk hisk. terharu sy. ibu adalah segalanya. walaupun tak kaya harta benda, tetapi kaya doa dan kasih sayang dari seorang ibu lebih bermkna dan membahagiakan drpd apa sahaja dlm dunia ini. itulah kelebihan seorang wanita. ibu insan yg sangat mulia disisi tuhan , biarlah org tak pandang kerana tiada keistimewaan, tetapi pandangan Allah lebih utama. :')

Fnajad said...

sedih la bace post ni aunty, nak nagis rasenyee. huk3...

cikMangga said...

najad:very true..
u will definitely come to this world one day..manjadi seorang ibu..