Saturday, June 26, 2010

MY MARSYA now 6!






Marsya turns 6 today..she's more understand what's birth-day is all about now..compared to previous years,all she knows just bout a cake,blowing candle and present and more present..

Hermmm..Marsya Hayati....kalau ikut mama..your name will be Suraiya Khadeja!Tapi papa menang jugak..

Marsya - yang subur menghijau

Hayati - hidupku,jiwaku (was name after Dr Sharifah  Hayati Syed Ismail Al-Qudsy)
I adore this lady so much!

All the memories was suddenly flying back to me.

Waiting for Marsya was a quite tough challenge.4 years waiting for this little girl,was full of happiness and sadness..

I still remember i cried most of the menstrual period came..hoping that no more red flag!for like two years or more.

I remembered i almost give up at times.

But we kept trying..trying..and trying..

Then came Ramadhan al Mubarak of year 2003..

I promised myself for not stop praying as Ramadhan was full of blessness from Him..

I woke up most of the night..to have a special precious moment with HIM..with crystal clear tears..my doa was never ending..

Qiyamulail...were like the routine to me..i can feel the sweetness..

I also didn't know where i get the spirit..but its happened smoothly!Its precious!Magic!

Dan firmanNya: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu." (Surah Ghafir ayat 60)

Dengan linangan airmata yang penuh makna..ku panjatkan doa yang tidak pernah berkesudahan..

"Ya Rahman Ya Rahim..ku rindukan bau wangi bayi kecil yang sihat sempurna tuk ku dakap..ku rindukan senyum manis hilai tawa bayi kecil di dalam pelukanku..ku rindu tuk menghilangkan dahaga bayi kecil..ku susukan dgn air ajaib putih suci yang Kau ciptakan di tubuh ku ini lalu melenyapkan tangisan dan airmata nya..andai benar apa yang telah ku mimpikan itu..perkenankanlah..amin ya rabbal a'lamin.."

Ramadhan 2003 ended with redha and happiness..alhamdulillah i completed the whole 30 days of fasting.

Then came Syawal..Again we celebrated only 3 of us..darling honey,diamond sofiya and i..Its was fine..happy as ever!

On the 4th day of Syawal..the journey of visiting my in laws begin..One after another house..morning till night.Tired?Yes but happy..

Me? Dah rasa macam nak demam..

Then came Abg Jali's house turn..the rest of the sibling proceed the journey..while the 3 of us stopped at a klinik nearby..Am i pregnant??

Its not the main reason i went for the doctorlah..It was because i'm not feeling well..macam nak demam..

Simple je..macam biasa, doktor cek la apa yang patut..then...

The doctor checked my pulse..suddenly he simply asked me to have a pregnancy test..

I was like..haaaa??

Yes..its true..my menstrual period was 2 weeks late! tapi perasaan tu memang dah buang jauh-jauh..taknak mengharap sangat..As i said..redha..

And..

and..

and...

Its positive!IM PREGNANT!!

When the doctor said.."awak ni bukan demam apa..demam sebab bertukar hormon..tahniah!"

With tears we cherished the best gift in Syawal!Alhamdulillah...

We were hugging each other infront of the doctor.."we were waiting for this for 4 years doctor..finally!"-darling honey..

And he whispered right to my ear.."thank you sayang..i love you.." OMG he's crying..

Suddenly i remembered 'the night'..ye betul-betul ingat..the feelings,the sense,the spirit,the ambience,the particular spot where i whispered my doas..

This is one of my precious moment in my life..and this is the perfect precious gift from HIM..




mama doakan marsya menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat..




She was born on 26th June 2004 at SJMC, 4am in the morning...welcome sayang..

Marsya inherits most of my features,my characters,my behaviours..sometime by seeing her behaviours..the way she talks..the way she's gazing..the way she's smiling,laughing  dan semua lah!i feel like its tickle my soul..haha..its like a flashback to my previous day...

At the age of 6..Marsya already makes the whole family so proud of her..She was excellent in kindy..She was the teacher's pet!Kesayangan Puan Miza ~syukur..

I'm proud of you Sayang Marsya...All the best in whatever you do..mama always be with you..



Thursday, June 24, 2010

HATIKU TERSENTUH

Hampir 10 tahun aku memiliki jiwa dan naluri IBU ini...Bukan mudah menempuh hari-hari sebagai ibu.

Yang pasti semua itu sangat indah bagiku..andai mahu ditukar dengan wang ringgit pasti tiada satu pun nilai yang dapat membeli warna ceritaku ini..

Akulah pohon rendang yang dapat meneduhi permata dari panas terik matahari di bawah rimbunan daun yang lebat..

Akulah payung dan bumbung yang melindungi permata dari hujan lebat mahu renyai..

Akulah khemah jua dinding yang menahan ribut taufan meniup ganas permata ku..

Akulah angin yang meniup lembut mendinginkan permata dek hangat bahang panas matahari..

Akulah dahan tuk permataku berpaut andai masalah tiba melanda..
..sakit demam akulah jururawatnya..
..lapar dahaga aku setia menjadi chef dan waitress..
..kusut menyudahkan homework akulah guru tuisyennya..
..exam bakal tiba?akulah tutornya..
..salah bacaan iqra' dan quran akulah ustazahnya..
..salah tertib solat akulah mualimahnya..
..bergaduh sesama mereka akulah pengadil dan hakimya..
..bila tiba hari raya maupun special occasion akulah fashion designernya..
..andai ada satu keinginan akulah bankernya..
..mahu ke suatu destinasi akulah closet keepernya..
..baju kotor? baju kedut? akulah dobinya..
..ke sekolah?ke tuisyen?akulah drivernya..
..menangis?akulah bahu yang dipautnya..
..sedih? tangan dan dada ini yang memeluk mendamaikannya..
..gembira?ketawa?akulah yang paling gembira mendengar hilaian tawa itu..

Menangislah, ketawalah.. aku tetap menjadi penemanmu..setia bersamamu hingga ke akhirnya..

Suka duka semua kisah kami lakari bersama,benar-benar buat aku ibu yang gembira..

Terimakasih permata..kau menghiasi kanvas hidupku..terlalu banyak warna di kanvas itu kini..
warna gembira,warna sedih,warna ceria..semua punya cerita..cerita milik kita..

Andai kau tiada permata..pasti masih putih kanvas itu..tiada jiwa..kosong..hidup mama tiada ceria,tiada tawa,tiada airmata, tiada cerita..

Bawalah sejuta warna sekalipun pasti ada ruang kanvasku untuk kita lakar bersama warna yang baru menjadi warna cerita kita..

Moga kalian tetap menjadi permataku..

Puisi ini sangat terkesan di jiwa ibu ku..hati ini tersentuh..



BUAT INSAN TERSAYANG
kalau bisa ku capai bintang di langit biru,
sudah ku petik sebutir buat dirimu.

kalau diri ini pandai melakar,
sudah ku lukis seluruh keindahan alam ni diatas sebuah kanvas,
lalu ku hadiahkan istimewa buat mu.

kalau diri ini memiliki sebuah istana,
aku mahu kau tinggal disitu bersama aku sepanjang hayat kita.

kerana kau sangat mulia,
tak pernah walau sekali kedengaran keluhanmu,
namun ku tahu keperitan yg kau lalui selama kehidupan ini.

walau tak pernah sekali terlafaz kepayahanmu ,
aku mengerti dirimu sebenarnya tidak tertanggung lagi.

hari ini, bersempena ulangtahun kelahiranmu,
 kuhadiahkan buatmu doa yg berpanjangan.

semoga sentiasa dicintai Allah,
 sentiasa gembira ketawa bersama kami semua anak2 mu.
kerana senyum tawamu begitu indah di penglihatan dan pendengaranku.
(moga kau menjadi anak yang solehah..amin..)

Aku mahu menjadi ibu yang lebih baik dari hari ini..selamanya..

Yang mendukung amanah dari Mu Yang Maha Agung setulusnya..mampukah aku...?

Guide me my love God..thank you for all the special gift!

Ya Allah kau maha mengetahui pada setiap caturan hidup hambamu yang telah Kau tulis di Luh MahfuzMU..

Kau melengkapi kembara hidupku dengan begitu indah sekali...alhamdulillah.............





























Wednesday, June 23, 2010

MAKAN-MAKAN HEAVEN!

What a great lunch with my diamonds..eat sessions with gossip sessions..hahaha

Sebenarnya hari ni dapat makan ikan fresh..Tenggiri yang disukai ramai (kamilah yang ramai tu)..dah lama betul tak dapat menikmati ikan fresh..

Dulu memang hari-hari makan ikan fresh.Memang best!Siap ada Pakcik Nelayan ni memang cater we all ikan yang baru je dia tangkap dari laut depan rumah kami..Wohhh!terbaik!

Darling honey pun suka fishing..ketam fresh dari muara belakang rumah kami tu memang hidangan wajib dalam seminggu...

tenggiri sambal

                      kacang buncis lemak cili api

                                                                                      begedil diamond sofiya's fav

kangkung belashan..haha




Burpppppp....oopss tebelahak ai!alhamdulillah..its so finger licking good!





Tuesday, June 22, 2010

KU TERASA SEPERTI DI AMMAN KETIKA INI...rindu...Amr Diab - Tamally Maak (Always With You) English Subtitles






Melodi ini buat ku rindu bau itu..rindu menghirup nafas dingin..bunyi bising pak arab ngomelan..mampir sebentar di kedai roti paling sempoi dan sangat sedap..bakar pakai arang uolls!ovenless..hehe..beli roti buat bekal makan tengahari..

di pinggir jalan hiruk pikuk bunyi kenderaan..pinnn..ponnnn..ponnnnn...di tepi jalan besar aku dan kawan-kawan menunggu bas..paling best naik bas kecil..murah!

di Jordan di panggil 'coaster'..tapi yang pasti kami wajib dapat duduk.."nisa' nisa' nisa' habibi..yallah..tangaali..ijlis..ijlis.." driver drive tak ubah macam bas mini kat kl dulu-dulu..tapi best gile naik coaster ni..terpelanting ke kiri terpelanting ke kanan..

aku paling enjoy bila dengar lagu-lagu arab sepanjang perjalanan ke universiti..rindu rindu rindu..rindu kawan-kawan..rindu udara itu..rindu suasana itu..di suatu kawasan bernama Suweileh..

bila lagi dapat pulang ke sana...terasa teringin bawa darling honey dan darling diamonds ke sana..masih adakah rumah tanah liat empat segi tempat ku berteduh bersama kakak-kakak senior dulu..?

Saturday, June 19, 2010

Tired

Penat!!Saya nak rehat..penat penat penat..

Banyak hal nak fikir, banyak benda nak setel, banyak perkara yang beratur dalam kepala hotak ni!

"perkara:korang tolong ambik nombor giliran boleh tak?kalau tak pale aku jem nanti.."

Give me a break..please........

~tarik handbreak saya~

Please God.. ku dambakan ketenangan seperti tenangnya air sungai yang mengalir, sejuk..sangat menyejukkan hati yang resah ini..






Sayup-sayup kedengaran bunyi airmu mengalir..dicelahan batu air itu terpercik.. melodimu mengusik hati yang longlai ini..aku suka bunyi itu..indah..damai..tenang..memang dapat mendamaikan jiwa yang resah..


Best nye kalau dapat main air.."ciblon" satu badan dengan kepala sekali pastu bila keluar dari air nampak rainbow nih..best best best..


Ku mencari kekuatan itu...




Monday, June 14, 2010

after 16 years..THE NURANIANS

Akhirnya..reunion itu berjaya.Setelah beberapa kali percubaan oleh miss organizer..si auditor Mas Kargo tuh.Thanx a million dear miss organizer..Esok nak fly again ke New Zealand..seronoknya jadi you Zai..  im so happy for you!

Pacai pun bersungguh-sungguh menghadirkan dirinya all the way from Kuantan.Pak ya pulak dari Kedah..tapi!Pacai yang pick up Pak Ya from Kepong. *motif?* ( kepong Pak Ya's PIL house ) Teringat kata-kata dara pingitan si Zai and Shima.."nilah satu-satunya anak menteri besar yang paling semekin(miskin) pernah aku tengok..Pak ya tu takde kereta ke?" On the different note from Pacai.."aku ingat dia la yang nak ambik aku naik merce.."

Ya..Pak Ya anak si Menteri Besar..Hai..tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia hanya Allah yang tahu..kan?Alhamdulillah..tengok kawan-kawan semua sekarang.Macam-macam perubahan dan pencapaian selepas 16 tahun tidak ketemu.Dulu semua merangkak..seribu satu kisah suka duka kami kongsikan..Gembira sangat dengan mereka..( puji-pujian hanya tuk mu Ya Allah )

Pak Ya nama sebenar Yahya Syaraff. Pacai nama sebenar Faisal Razul.Sedapkan nama depa dua tu.Tapi biasala kalau dah di hi-skul..nama pun memang hi la..geng pun ala-ala geng hi-fi kuasa dua..

Nama i pun lain jugak..Fida.heheh..itu nama saya di sekolah dulu.

Banyak kisah suka duka kami bebelkan di reunion  itu..cerita dalam kelas,cerita di kampus,cerita rumahtangga. Wawancara edisi khas bersama Pak Ya oleh si gadis nuranians yang paling wow!!Hambek kau Pak Ya..jawab jawab..

Pak Ya loqlaq

Antara yang boleh di highlight ialah "fida..keciknya kau..kau nampak lain sangat.Serius kalau aku jumpa kau kat luar memang aku tak kenal dah kau..lain sangat!Kalau tak reunion ni aku tak cam dah kau.." ~words from Zai..ngehehe..what else i should say..ALHAMDULILLAH padamu sang Penciptaku Yang Agung..segala pujian buatmu..aku hanya peminjam yang setia.

Cerita lain biarlah menjadi kenanganku.Saya simpan kemas indah dilubuk hati ini kawan-kawan..

cupcake from my kitchen


pak ya,pacai,zai(organizer) n shima

syari nape kerut..?

gambar ni cantik.ada jiwa..
(shima n mas@sarah)

the nuranians..kelas kami kecil..14 orang sahaja..kunun-kunun kelas no 1lah dolu-dolu hihi..
missing you 4/5 Nurani!

cepat-cepat ketemu jodoh
yang tudung merah dah berpunya ye :)

Friday, June 11, 2010

MARI BERJIMBA

Having back to back movie were really fun..semua pun macam berlari..kejar masa..i don't like actually.But darling diamonds love it..So what to do....the treat kan...

Why?Im the chef,im the driver,im the banker (ngehehe) and im the headmistress.Sounds easy but the reality almost made me fainted!!

Shrek was damn good..the kids had fun,joy..me too!We laughed end-to-end.The show was so excellent!Thinking of going again..

The most laughed part was when puss asked donkey to loan his tounge..my darling diamons laughed like what!!

puss in boots yang obesiti gedik

Then we off to Taman Botani for lunch picnic.The picnic sessions was awesome...


















 my drama king boy




anak dara saya





Finished picnic then we off to gsc for LAGENDA BUDAK SETAN :)

Second show..Lagenda Budak Setan..A good story but bab Lisa bertukar jadi Emylia tu memang potong la..sebab i nak tengok Lisa!Tapi paling best lagu tema "Bila Cinta" by Gio tu memang buat i gila..my #2 gal pun cry listening to this song.."Mama lagu ni sad.."..me?you know the answer lah!Tengok Shrek pun bole meleleh inikan pulak LBS!teheee..

Risau jugak when scene si Azmi mengamuk tu..my darling diamonds takut!I asked them to cover thier face.

Watching the Fazura scene pun part yang i suka..hemmm hilang rindu pada si cantik manis Fazura..Lama tak tengok dia berlakon.Memang me and darling honey suka sangat pada si cantik manis tu.

Finished LBS show..suddenly darling honey called..pandai betul timing!He asked bout the show..i pun ceritalah..and...know what?He asked me to buy ticket for we both to watch LBS that night..yeehaaa!!

Woohooo..So we had a good time together..you know la..bole over womantik sikit kalau pergi berdua..macam couple.Memang that night we sat at A row.Atas sekali, tengah-tengah lagi..Tengok kiri kanan semua couple!Darling Honey pun macam daring semacam je that night..I think he knows very well how i miss him..coz he was busy like what!!

Thank you dear.Thank you for your time..i love you mucho mucho!!

lovehugslovehugslovehugs


Thursday, June 10, 2010

HARI WAYANG SEDUNIA

Helo sayang..
Hari ini hari yang dinanti-nanti oleh darling diamonds..bukan main lagi semua..pepagi dah bangun!Amboooii!

Tapi macam biasa mama akan memulakan hari dengan jeritan manja seperti instructor kick boxing i..."bangunnn..kemas katil..take your shower..brush your teeth..comb your hair..pakai bedak..put lotion..".On the different note.."gal..pakaikan adik baju.."..."pakaikan adik baju yang elok-elok sikit..mama dah letak dalam almari tu.tolong mama gal..mama tengah masak ni..kita nak cepat.."

Hari-hari macam tarzan!Kekadang teringat zaman kanak-kanak dulu..macam tu lah mak kita..Seribu satu hal berjalan dalam kepala.Macam mesin cetak mulut ni mencetak apa yang terlintas di kepala..Hermm ingat senang jadi mak?Adoii...

Seperti biasa my gals akan jawab "ok..ok..ok mama.." atau "ye mama..".Hihi..kekadang kecoh je jadi mak ni kan..?Just to make sure they in proper sebenarnya..

Alhamdulillah anak-anak ni dengar dan ikut kata. Inilah kelebihan kalau menyusukan anak sendiri dengan susu badan..Like the phrase.."Breastfeeding is the best for your kids"..Besar hikmah, banyak kelebihan..

Sedang masak didapur curi-curi juga walau dengan hujung mata jenguk anak dah siap ke belum..Lega bila lihat mereka sudah lengkap dan ready to go!

Food is ready, the kids ready, vroooooooomm..Lets go babeh..

1st movie of the day 12.00-1.30pm

puss


Sure my darling diamonds ketawa kan..? Berbahak-bahak lah kami anak beranak..Rindu dengan PUSS yang semakin gemoox!

laughlaughlaugh~

MOVIE MARATHON vs PICNIC

Its school holiday..my kids just stay at home..poor darling diamonds..daddy's as usual working..but..today i'll bring my kids for a treat..sebab mereka rajin membantu mama cleaning the house,complete the revision given..hemmm..Clever!

So..i should give them treats,no?Today i'll be watching movies with my darling diamonds..back to back yah..12.00-1.30 then 2.45-4.30.Dunno how kelam-kabut i will be..












First show will be started at 12.00pm..then break for lunch- picnic lunch (hehe..:)).I cook for the lunch....Menu?Yang simple-simple saja..The picnic will be at Taman Botani,Putrajaya..nice place babe!So greeny...means lots lots of oxygen.Suke sangat :D





Then ready for second show at 2.45pm..Memang dah terbayangkan how clumsy i will be..hihi..alone with all the kiddos..thanx God having diamond Najad around.yeay!!Thank you diamond Najad.

So..wait for the special entry..jengjengjeng..