Friday, May 21, 2010

ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM




Jumaat datang lagi...

ALLAH..Ya RAHMAN Ya RAHIM..

Terima kasih Ya MALIK Ya QUDDUS...aku masih di dalam nafasku..ALHAMDULILLAAHI RABBAL AALAMIIN..syukur ku padaMU Ya SALAM Ya MUKMIN pada kesempatan yg kesekian kali ku tiba jua di penghulu harimu..Jumaat yang indah,Jumaat yang tenang,Jumaat yang penuh Baraqah..

Terasa kerdil diri ini menghadapmu Ya MUHAIMIN Ya "AZIZ Ya JABBAR..mengenang segala karatan dosaku padaMu..

Umur yang semakin uzur ini..aku masih lagi bertatih untuk mengenal syariatMu, aqidah, akhlakku.. Ya MUTAKABBIR Ya KHOLIQ Ya BARI-U Ya MUSAWWIR Ya GHAFFAR Ya QAHAR..

Dan kini masih lagi merangkak, kadangkala rebah longlai semula tidak berdaya untuk bangkit..Ya WAHHAB Ya RAZZAQ Ya FATTAH Ya "ALIM Ya QABIDH Ya BASITD..

Lupa, alpa segalanya..yang aku hanya hambaMu yang kotor..disaluti dosa.Lengkap segala sombongku padaMu sehingga tidak mahu menyedari di mana letak diri yang hanyir busuk begini!Terus leka dengan duniawi yang menipu..dunia pinjamanMu Ya KHAFIDH Ya RAFI" Ya MU"IZ Ya MUZIL Ya SAMI"..dan terus dibuai leka,lagha..

Ya SAMI"..Ya SAMI"..Ya SAMI" Allah itu Maha Mendengar.. mendengar segala ku lakukan..yang jahat ku buat Allah Maha Mendengar..yang baik ku buat Allah Maha Mendengar.. merintih menginsafi karat dosaku juga Allah Maha Mendengar..menangis mohon diampunkan dosa juga Allah Maha Mendengar..merayu mohon diberi hidayah juga Allah Maha Mendengar..

Ya Allah Ya BASIR Ya HAKIM Ya "ADUL Ya LATDIF Ya KHOBIR..tapi aku? masih lagi begini..begini yang bagaimana? Yang biasa-biasa saja..suam-suam kuku..panas sekejap je lepas tu sejuk, beku!Nak cair jadi air liat!Leka dengan dunia yang fake!Yang pura-pura!Yang dipinjam..oleh siapa?OlehNya...!!
Ya Allah aku mohon padamu janganlah Kau palingkan diriku dariMu dari jalanMu setelah Kau beri petunjuk kepadaku..tetapkan hati yg kumiliki ini istiqamah di jalanMU Ya HALIM Ya "AZIM Ya GHAFUR Ya SYAKUR Ya "ALIYYU..

Aku malu terus-terusan begini..sudah jatuh..taknak bangun pantas.Tunggu sampai telangkup melekat kat tanah barula nak bangun..

Ya KABIR..Ya KABIR.. Ya KABIR Allah itu Maha Besar..besarkah aku?besar lagiNya..besarkah rumah kecilku ini?besar yang kecil pun tetap di atas tanah dunia milik tuhanku yang Esa..Ya KABIR Kau Maha Besar dari segala-galanya yang wujud di hadapan mata besarku ini..Kau pemberi segala nikmat Kau pemberi segala ruang..Ya besar mataku..rabun pulak!Diberi oleh Allah ruang nikmat yang satu lagi..peluang pakai spek..alhamdulillah dapat melihat lagi dengan terang..dapat tampal aksessori mata..dapat bergaya dengan spek..(lepas ni nak tukar spek coach atau cap ayam pun bolela since spek tu dah hampir setahun aku sangkut kat batang hidung yang tak berapa mancung ni.. :D)

Allah itu Maha Besar.. dengan nikmatnya,kuasanya.Bangunlah mohon keampunan,mohon diberi petunjuk..

Lalu buat kesekian kalinya aku bangkit lagi. Bertatih semula..sampai sekarang pun masih bertatih umpama anak kecil yang belajar berjalan..Bila nak berjalan tegap mcm budak 3 tahun?Boleh berlari ke sana ke sini..?

Sifat lupa,lalai,leka,riak,ujub,takabbur,hasad, lagha lah yang buat aku tetap bertatih.Lembab dalam mengejar nikmat Allah.Ya HAFIZ Ya MUQIT Ya HASIBU Ya JALIL Ya KARIM..

YA KARIM.. Ya KARIM.. Ya KARIM Allah itu Maha Pemurah..sudahlah Maha Besar..Maha Pemurah lagi..mohonlah apa yang kau hajati..insyaAllah Allah maqbuli..

Berapa banyaklah kebaikan yang aku lakukan sepanjang hayat umurku..?Malu rasa nak hitung..Sudahlah asyik bertatih saja..bertatih, bangkit, rebah, telangkup, bangkit bertatih semula..haih bila la nak habis?Memanglah aku ni hidup dalam kelambu dosa..!

Ya KARIM..sesungguhnya Kau Maha Pemurah..Kau limpahkan hidayah kepadaku dan ahli keluargaku..amin

Adakala aku rasa putus asa Kau beri aku kekuatan..Adakala aku dalam kesempitan wang Kau beri aku sifat redha sebagai makanan..Adakala aku dilempar fitnah, su'uzon Kau beri aku husnu dzon menjadi pencetus ketenangan, damai di hati..Adakala aku disapa amarah lalu kau gerakkan ku berwudhu' sebagai penyejuk dan kembali bahagia..Adakala aku ingkar pada perintahmu Kau beriku perasaan berdosa, kesal lalu aku kembali sujud ke qiblatmu..

Ya Allah tetapkanlah aku, ahli keluargaku juga seluruh umat islam saudaraku di jalan yang Kau redhai..Kau peliharalah di dalam sekeping hati yang kami miliki suatu perasaan bahawa tiada apa yang kami tujui di dunia pinjaman ini selain menuju ke duniamu yang kekal abadi nun di sana..amin

Ampuni segala karat hanyir dosa-dosaku..aku ingin menjadi hambaMu yang sentiasa bersyukur dan menilai sesuatu dengan akal iman bukan akal nafsu..

SyurgaMu terlalu indah..sehingga tak larat lidah ini berkata-kata menggambarkannya..kelu!Menggigil tubuh membayangkan keindahannya..

Adakah tempat untuk aku di sana?Di dunia syurgamu yang kekal abadi indah wangi selama-lamanya..?

2 comments:

The Me said...

amin....
tapikan spec coach tak tahan tu.. ahaks!

cikMangga said...

teheee..berangan mesti tinggi..