Wednesday, December 22, 2010

OMBAK RINDU

16 done.

38 done.
     .
     .
     .
     .
     .
Uwaaaa! dah 66! Perasaan sekarang seolah-olah tidak mahu mengakhiri bacaan yang indah ini. Kerana penulisannya betul-betul membawa diri saya ke dalam cerita itu. Seolah-olah dekat dengan dunia dan watak dalam novel hebat ini. Tanpa peduli hiruk pikuk anak berlari, bergumpal, menjerit. Khusyuk! Sesekali Iman terhenti berlari dan bertanya "kenapa mama ketawa? or.. kenapa mama cry?" tanpa sedar kelakuan itu beriringan selari dengan bacaan.

Sudah tamat tapi hati masih dipeluk momen indah si ombak rindu.....(*-*). Sudah lama perasaan itu tidak hadir. Sangat lama. Kali terakhir adalah ketika menyulam bacaan novel Elias Hj Idris- Bunga Bukan Semusim  dan Kehilangan berbelas tahun yang lalu!

Saya betul-betul lena dalam pelukan ombak rindu! Terima kasih theMe! Congrats Fauziah Ashari..

Tuesday, December 14, 2010

RUMAH DI TEMPAT YANG TINGGI DI SYURGA

"Sesiapa yang sanggup meninggalkan pertengkaran sedangkan ia adalah dipihak yang salah, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditepi Syurga. Dan barang siapa yang sanggup meninggalkan bertengkar sedangkan ia berada di pihak yang benar, Allah akan membina untuknya sebuah rumah ditempat yang tinggi didalam Syurga." 


"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya Allah lebih mengetahui siapakah orang yang lebih bertaqwa kepadaNya." - An Najm 53:32


Sudah bongkok badan ni memikul beban dosa. Hakikatnya memang sudah bongkok dua tiga kot walaupun masih lentik body pabila menyarung high heels. Suatu ketika ku pernah hidup dengan ego, mendabik dada, suka bersengketa dan berbagai peel huduh yang lain. Sebab apa? Sebab geram! Geram dengan orang yang tidak sama peel dengan kita. Bila geram datang pulak incik marah. Bila marah datang, tu yang menjemput peel yang bukan-bukan. Tunduk dengan pujuk rayu syaitan! Hidup jauh dari syariat walaupun masih ada yang lagi jauh. Malu dengan diri sendiri!


Bila pulang ke rumah hati sangat pilu tidak dapat berkasih sayang. Kesal menyesal! Kadang-kadang umpama tidak kenal dengan diri sendiri. *apa kena dengan aku ni?* Hairan! sigh.. Juga sangat sayu pabila tidak di beri peluang tuk berkasih sayang. Kadangkala memberi tetapi tiada yang menyambut.Ye lah..masing-masing punya ego! Nak di apakan..... bukan anak kecil boleh di rotan-rotan.


Dalam usia yang sebegini, yang ku mahu hanya senyum yang bahagia dari lubuk hati. Mahu jauh dari hasad , jauh dari dengki, jauh dari iri, jauh dari berkelahi, jauh dari yang semua berhaluan kiri. Ku mahu bahagia, senyum yang bukan pura-pura, kasih yang sejati, sayang yang lahir dari hati yang suci. Hidup yang ikhlas agar waktu tiba lelapnya mata di malam hari, nyenyak lena dibuai mimpi yang indah-indah. 


Agar waktu tibanya dijemputNya aku bisa tersenyum juga. Senyum yang penuh keimanan menghadap Robbul Izzati.


Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

“Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain dan kemudiannya mereka keluar.Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa tu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingi nya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:”Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
wallahua'lam... :'(

Friday, December 3, 2010

ALFATIHAH MUJARAB AYAT ALLAH

AL-FATIHAH

  • Baca 14 kali sebelum tidur ~ Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
  • Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian ~ Melepaskan rasa sakit dalaman
  • Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur ~ Kepada orang berpenyakit mental
  • Baca 3 kali tiup dalam segelas air. minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit ~ Sakit yang keterlaluan
  • Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala ~ Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa 
  • Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit ~ Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu


*BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

ZIKIR

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH 
  • Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut. 
  • Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. 
  • Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya). InsyaAllah

AWET MUDA (dalaman dan luaran)

  • Zikir Baca Ya Badiyah -1 kali Ya Nur - 1 kali Ya Hadi - 1 kali Ya Allah – 3 kali. Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.
  • Surah Al-Waqiah (ayat 35, 36, 37, 38) Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum

Selamat beramal. Barakallah..

Wednesday, December 1, 2010

OLA HYE!

It's officially December. Can't believe it. Sangat mahu mencari butang pause di ketika ini. Betapa cepat masa berlari.

Tiba-tiba hati sayu mengenang masa yang ditinggalkan pergi. Mengira dan menghitung. Mencampur dan menolak. Mendarab dan membahagi. Tak payah nak buat onar la cikMangga. Masa itu ke depan. Mana ada gostan. Pikirnya mobil bisa gostan? Enaq ajja kamu!

Haihh..tah apa-apa yang dah aku isi sepanjang 2010 ni.... moga terselit sekelumit markah pahala disebalik dosa yang bertambun-timbun.

Aduhh.. hanya beberapa detik ke hadapan kalendar hijrah juga bakal berganti wajah. Muncul wajah baru. 1432Hijriah.

Kurang dari 30 hari lagi tahun baru juga menjengah - 2011. Dulu waktu zaman sekolah, lama bukan main nak tunggu penggal akhir. Sekarang? Tak terasa. Tahu-tahu dah setengah tahun berlepas. Tahu-tahu 2010 bakal meninggalkan diri.

2010 banyak kenangan pada cikMangga. Dari yang sangat manis, manis, kurang manis sampailah yang ke tahap kelat pahit maung rentung! Iollss kena back to back uollss..regardless family sen-diri mahupun family bukan duan-diri.

Ku hadap, ku telan, ku fire, ku jeruk, ku pendam, pendam sampai sembelit! Aduhhh sungguh rasanya. Betul-betul macam pasemboq makan dengan abc cendoi+milo tabur. Biarlah Allah yang maha berkuasa mengadilinya.

Waima buruk baik yang datang.. redha jualah hati ikhlaslah wahai hati. Melupai, memaafi, dan mengharap dimaafi.





Yang pasti masa untuk berjoli-joli dengan anak dan suami kini kembali. Hanya menunggu masa tuk terbang bebas berlari.

Tuesday, November 30, 2010

BERITA GEMBIRA

Banyak sebenarnya berita gembira nak dikongsi but i love this one so much!


berita gembira1
Ahad yang baru lepas tu, kami ke Kanchong Darat menziarah bapak. Alhamdulillah nampak ada sihatnya bapak. Makin putih pulak ku tengok bapak mertuaku uollss! Hehe..Mana tak cerahnya. Putera lilin...tak mahu langsung keluar rumah. Jalan pun dah steady dan laju.gud gud gud..

berita gembira2
Iras dapat further degree di UITM dalam bidang yang diimpikan~ Animation.. way to go iras!!

berita gembira3
Kita (tuan belog,theMe n zura) akan ke ho chi minh..yeehaaaaaaaaaa!!~ ayat memoyokan diri sendiri. Sesiapa sedara mara sepupusepapat anak buah yang nak ikut tu moh main kutu. kikiki...

Abang Hamdi has been promoted! Country Manager kalau tak silap. (maafkan cikmangga yang sangat2 pelupa ni :(.. ) Maleh nak tanya incik darling sebab tengah majuk. *mode eksen*.:P.. Alhamdulillah...tumpang gembira kita kan? 

Kalau kompom Abang Hamdi transfer ke Ho Chi Minh, Vietnam ni, theMe mung boleh la pasang angan-angan nak shop till drop! Bawak intan payung anak beranak tu sekali. Sure lepas punya. Alasan kukuh- nak pergi jalan-jalan rumah abang Hamdi. suka tak suka tak?

Januari abang Hamdi dah start di HCM. Kak Siti dan si tembam Wani akan ikut sekali. Jadinya.....first semester break kita bole la terbang ke HCM. Ada bran??? Yok kita!

Monday, November 29, 2010

MAK AIHH!!

Taknak cerita panjang..jom kita layan 2 gambar ni. Mak tersedak okeh..rasa macam sekarang gak nak push. Tapi isi (baby)takde. Isi perut ada le..

Terus meluap gedik gatal menghonyam tahap kayangan nak baby!

alololoo tomeynya.....kan kan kan?


cradle kerang..can you see the baby inside?


Ermm..untungnya anak-anak sekarang kan? Serba serbi makin canggih..Canggih alfulusin canggihla stuff-in!

Jangan kata baby, diri yang dah kertu ni pun nak duduk tido baring dalam kerang tu! Teringin tak uoooools? Iooools teringiiin!hahaha..

Memang sweet sangat idea mama eez ni. Besar-besaran majlisnya as this couple menunggu for a baby girl for 14years! Kedua- dua anak yang lain adalah lelaki.

Baby ini adalah anak kakak sepupu saya. Sabtu yang lepas adalah majlis aqiqah, cukur jambul si baby Qaseh ni dan majlis kesyukuran untuk abang si Qaseh yang cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan darjah 6 nya, sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Alaaaaahai....

Untuk si zura@toyang tingkatkan usaha! Nanti kami dapat cucu sedara kita buat macam ni jugak ok? *saya pun naaaaaaak!*kikiki

Friday, November 26, 2010

HATE

I hate myself for bieng shopping disorder..arghhhhhhhhhh!!! Mana sepital yang boleh bagi ubat tuk penyakit tegar i ni? If you know please please let me know.

Dari handbag jap jurulatih sekarang dah jadi juruLETIH!  Sekarang leleh kat L* pulak...eeeeee benci dengan diri sendiri!

Mengapa!!!!!! Hari tu baru je settle menyoping aksesori mato den. Berkenan sangat dengan cik burbery itu. The price really made me almost fainted!! Sampai diri sendiri confest dengan sa kedai sepek tu.."akak..saya takut la..takut kena petir dengan tuhan. sebab tamak tak sudah.." Terkekek-kekek sa-sa tu golak. Hampeh!!

Pastu asal online je i rasa macam nak masuk dalam skrin. Tenet sekarang ni pun satu..dah macam pesta jual-jualan. Cukup meriah..dari jln TAR sampai KLCC. Semua ada. Sebut je. Pendek kata mak ayah je takde!

Benci nak online. Itu sebab saya sudah pasif sekarang ye mengonlinekan diri..




Dear babes..tolong bagitahu sikit makcik menggelabah ngabiskan duit yang tak banyak ni (aka diri saya) bolehke buat macam ni? Kalau ada duitnye salah tak?

Dapat tok laki pun sama naik je. Lagi mendidih-didih selera dia dari kita..

My very old time friend who married US citizen has safely arrived here almost for two weeks. Guess what? Tu dah sebakul ordernye. Tak pergi mengutip lagi. Sampai dia dah bising tanya bila nak collect barang. Campak duit pastu suruh dia yang shop. "ko belilah apa yang tantek ".

Bukan nak gong sesuka hati i post cerita ni. Tapi serius sekarang rasa macam dah takut dengan diri sendiri.

Tolonglah bagi ayat power ke, ayat kutuk ke, ayat pedas ke...i tak kisah. Bior sedar diri sikit cikMangga ni.

Ya kadang-kadang i rasa bersalah dan berdosa yang bertimpa-timpa. Rasa Allah sangat menguji keimanan. Lemahnya iman ini...sobsob

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]



SOLELY

Sometimes its good to be solely,no? Solely from people, from noise, from busyness, from broke (money hehehe. i'm blaming myself here) or...from technology which can cause madness and insanity..Ok. Fine its not the technology who made human insane but the human turned technology insane! Human who lacked of maturity and responsibility.

Ok i just wanna live freely from hypocrite who never holds beliefe nor feeling honestly and also from the devil backstabber!

Ouh i hate that!

Lebih baik kalau tak suka buat tak suka terus. That's me. Tak payah nak beramah mesra berlakon ingat skrip bagai. Bukan setakat sebu perut je..mata pun sebu senak cirit semua ada..

So please...mind yourself!

Wednesday, November 24, 2010

IMAN MY BABY BOY IS 4!

Manjanya si Iman memang tak bole dicongak.. serba serbi nak mama. Serba serbi high maintenance. Dari dalam perut sampai la celik mata ke bumi Allah yang maha indah ini.

2 perkara mama Iman nak highlight:
1~ 7 bulan morning,afternoon,evening and night sickness..24-7!
2~ 32 weeks sepatutnya dah completely turn head down but he didn't! He's a breech baby.

BEGHAK NANANG WASER!

Doktor dah ukur dan kira siap-siap if there any possibility for me to have a normal delivery..tapi pintu rahim dengan ukur lilit kepala iman takut tak lepas. Sangat denjeles kalau sangkut kat kepala sebab kedudukan baby ialah kaki di bawah kepala di atas. Sebab this baby quite embam. Alhamdulillah walaupun mama mabuk siang malam genap 7 bulan purnama tapi inilah pertama kali baby in tummy yang sihat dan embam! 3 kilo jugak akhirnya.. kakak-kakak semua 2.6kg ++.

Bila ingat-ingat ku makan apa pun tak tau la sampai baby embam macam tu. Seingat kita, kita tak lalu makan.Tak lalu masak. Paling tak tahan - TELUR aka EGG - is totally NO for me. Baik bau,makan dan tengok. Campuq dalam nasi goreng pun is a NO! Faham?? Saya pun tak faham kenapa... :o

Masak pun siap upah foster-mother yang masak. Nasib baik la foster parent kami masyaAllah baiknya. Terima kasih Kak Ani dan Pok din.. Mak angkat tapi panggil Kak Ani..bole? hihihi...

Udoh breech..makanya c-sect le jawabnya.. Umpama luluh hati di carik sembilu.. Redha di situ.. :(

Proses epidural sangat menyayat hati. Sesudah mengucap sebatang jarum besar punya dimasukkan ke tulang belakang. Aduhh perasaannya hanya Sang Pencipta dan diri ini sahaja yang tau. Plus seorang diri terpaksa lalui c-sect di OT. Pakar bius saya baik sangat baik sangat sangat baik.. Dia sentiasa di sisi, mengusap rambut,mengelap air mata dan membisik kata-kata semangat. Ku tahu darling honey setia menunggu di pintu OT pun meraung-raung mahu di sisiku. Hape daaa.. Hape punye sepital! SJMC la konon kann.. tapi haram tak kasi masuk. Last minute requisite!! Malaun mana tah yang masuk OT teman bini pastu anto surat cinta komplen panjang lebor. Ate?? Kome terel sangat kome operet le bini kome sendirik! Nyusahkan orang lain je yang sangat bersopan di bilik OT seperti kami. Sian kami.... uwaaaa...

Alhamdulillah semua selamat. 24 Nov 2006; 1:59pm..Welcome IMAN HADI BIN ASFANIZAM.. airmata tak tertahan-tahan melimpah melihat seraut wajah bapa yang mensyukuri dan merangkul erat  zuriat lelakinya di dada..Lalu kami berpelukan dalam tangisan. Azan dilaungkan di telinga Iman....syukur ya ilahi.



Meet my Iman..

Kegilaannya ialah Thomas and friend (keretapi) dan Ultraman..







Ya Allah jadikanlah anak-anak ku anak yang soleh lagi solehah. Luas akal dan tenang hatinya dalam apa yang dilakukan. Hiasilah mereka dengan akhlak yang mulia. Perkayalah kami dengan kasih sayang. Temukanlah kami semula di akhirat kelak dengan sebaik-baik pertemuan...amin.. Moga Iman berjaya dalam apa jua yang Iman lakukan ye sayang...Sentiasa mendoakan papa dan mama.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku dengan sebaik-baik kurniaanmu. Andai cacat mereka hanyalah kerana celanya aku mensyukuri nikmatmu....

Alfatihah buat Along yang telah 2 tahun genap pemergianmu ke sisi Allah pada tarikh ini- 24 nov 2008. Meninggalkan kami yang tah berapa lama lagi hidup. Tah dosa tah pahala. Sesungguhnya sayangnya kami tiada tandingan kasihnya Allah padamu MOHD AZLEY MOHD KAMAL.. Kadangkala masih tiada percaya kau telah dijemputNya...Dan kadangkala terdetik dihati 'bertuahnya along pergi diusia yang muda. tak banyak dosa nak ditanggung.' Semoga kamu tenang di dunia yang abadi.. *rindu kat along*

Tuesday, November 16, 2010

ZULHIJJAH

Hari ini 9..esok 10..

Alhamdulillah bertemu lagi di kesempatan yang dikurnia Allah..Esok hari raya..!

Telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."






10 zulhijjah 1431

Salam Aidiladha

Saturday, November 6, 2010

6.11

(sneak peak)





15 years ago...

meeting you was fate,becoming your friend was a choice

but falling in love with you I had no control over



Darling..

the minute I heard my first love story I started looking for you

not knowing how blind that was..

but we made it!


along the 11 years milestone our solemnization

the celebration continues to this day..


JAZAKALLHU KHAIRAN KATHIRA YAHABIBI..

ANA UHIBBUK ILAL JANNAH!


Syukur alhamdulillah ya alKarim Ya alhafiz..






Monday, October 25, 2010

FINALLY U DID IT!







CONGRATULATION ANAK MAMA!!
ALL THE BEST IN YOUR LIFE AHEAD..
I AM PROUD OF YOU..

Thursday, October 21, 2010

THE SPEECH

Wahh!! Magic magic! Marsya seakan mendapat semangat baru. She's better! Semangat betul nak ulang dan ulang. Menjadi jugak pujuk pshyco aku ni. 

Alhamdulillah...hari ini 1st day of rehearsal..hope she's doing good.

Here goes the speech..

Bismillahirrahmanirrahim..
Dear parents,teachers and friends..
Assalamualaikum wbt..

My name is Marsya Hayati binti Asfanizam. I've been with Tadika Sri Puncak for the past 2 years. Last year i was in rhinoceros class and this year with violin class.

I had wonderful time studying here with my lovely teachers and friends. I would like to express my special thanks to all my teachers, especially Miss Sophie Lee, Pn Miza and Miss Suchita. You are simply great! The best teachers that i've ever had.

I will cherish all these memories.Last but not least, I would like to thank my mommy,daddy and all my family for all the support.

Thank you.
~speech by Marsya, papa and mama~

Huh!! Sebak..leleh..baru type nih! Kalau tengok Marsya giving speech on stage tak taulah macamana nak tahan gelombang airmata ni. Dahle penyebak mama dia ni. Bawak towel la jawabnya..

Alhamdulillah.. 3 years Marsya's kindy journey almost completed. 1 year with smart reader and 2 years with TSP.It was an overwhelming experience as well as the result for us. Walau kopak poket kami..tapi puas! Duit habis takpa asalkan education anak thumbs up..

Syukur Alhamdulillah...

*mommy and daddy di speech itu adalah kehendak si Marsya. Katanya kawan-kawan semua cakap mommy daddy..belasah la nak.....hiiiii*

SABAR ITU INDAH

Indahnya lilmango rasa pagi ini. Nyaman, tenang, dingin, senyum, bahagia.

Rutin supir bermula seawal 6.30pagi hari ini. Dah macam transporter yer. Menghantar YB darling honey ke stesen komuter. Geli hati nengok si dia lengkap bersuit hari ini. Segak bukan main..Macam YB..*heeeee* tapi naik ketapi. Incik Darling ada meeting penting di Menara Maybank. Pukul 8 harus terpacak depan menara katanya. Kalau bawak kereta takut melekat di highway..

11 tahun bakal menjengah. Darling honey masih tidak kekok tuk mencium dahi  dan pipiku di khalayak. 'Bye sayang..take care. Drive leklok..Thanx jadi supir'. Hehe...Moga kasih sayang ini terus gah dan kami bisa terbang bebas...tiba-tiba.. mode bertukar


Seiring dan SeJalan. 
Seindah Bunga Di Taman 
Bak Burung Nan Megah 
Kanda Kupuja 
Bahagia Kita Berdua

Berlari Berkejaran 
Lupakan Segala Duka 
Di Kota Di Desa ...


Di Gunung dan Laut
Berlagu Kita Berdua

Dinda
Kanda
Burung Pun Turut Menyanyi
Tawa
Riang
dan Cinta Mula Bersemi
La La LaLaLaLaLaLaLaLaLaLa

Tiada Lagi Duka
Pun Airmata
Kembalilah Sayang
Bersama Berj
alan
Duka Atau Pun Senang

Aduhai Pujaanku
Mimpikah Daku
Kan Kusimpan Dia
Di Dalam Hatiku
Kasih dan Sayangmu
La La La La La La La La 4x

( beghangan! kau broery ku cik seripah )

Kisah menjadi transporter si darling ni dah jadi sebagian lumrah rutin ku. Dah banyak kali dah..

Masih ingat tragedi kebuloq@melantak di HAKIM? Lapar dong! Sekalian memenuhi ajakan si adik bongsu. Alololooo comeynye adik bongsu... kan? Almaklumlah kalau dah berkumpul..mana cukup hi-hi bye-bye. Harus dibentang segala topik tuk ahli parlimen berhujah dan memberi idea serta komentar panas hangat waima sejuk beku tuk dilontarkan. Kikiki...

Malam itu juga dengan segala hormatnya si isteri menghantar si suami ke office nun jauh di Ampang dari Shah Alam. Redah jer walau dalam hati kecut jugak tengok nombor-nombor di jam digital kereta kenit kami! Yelah dengan anak-anak bergelimpangan tidur. Kita ni lady driver..

Nak balik ke BP nganto rakyat jelata ke istana hinggap then only patah balik ke Ampang? Staff dah menunggu. Pukul berapa nak sampai. Mata sidia ku tengok dah ala-ala garpil dah. Isyy bimbang mengatasi segala. Alhamdulillah 12.30 tengah malam sampai juga...Sabar...Kan indah sabar kan? Dapat bergolak ketawo, dapat jalan jauh ke Ampang nun..

Apa-apa pun malam tu memang blast! Syiok. Riuh rendah ahli parlimen sakan bergossip dan bergelak ketawa. Tepuk-tepuk meja toksah cakap la..Syabas YB-YB sekalian..

Usai ke komuter menghantar yang berhormat, pulang ke rumah dan mengambil dua orang anak dara YB tuk di hantar ke sekolah. Si anak teruna masih lena diulit mimpi atromen lah...baring syioook je kat belakang.

Kakak1 dah sampai. Now si kakak2. Ok pecuuut..

Semua kereta seakan-akan memecut. Taula semua orang nak pergi opis. Anak gue pun nak masuk opis dia gak. Ni kereta proton blm neh. Cilok sana cilok sini. Kang aku hon kang. Hon aku ni air-hon bang. Baik punya hon lori. Kang aku tekan kang takde nak pendek-pendek nye. Aku jarang tekan hon ni. Kalau tekan harus panjang dengungnya. 6 harkat- ikhfak haqiqi. Kang malu je kang. Rambut aku tengok pacak bukan main..Runtuh pacak kau nanti..Malu je ngan awek sebelah.

Akaq ni nak nganto anak pegi tadika je dik. Yang kau nak dengki sangat cilok-cilok depan aku ni ngapa? Mentang-mentang aku bawak keta sopan santun, kau nak tunjuk terel? Nak aku tunjuk skil aku ke? Pepagi ni baru nak mulakan hari takyah la..maleh je aku nak show show skil drift aku neh. 2-3 kali kau cilok. Mengejut plak tu! Tertonggeng-tonggeng anak dara aku kena dashboard. Hangen la! Bangang la kan...nak kejar lampu hijau punya pasal kau tekan minyak pastu cilok depan aku. Memang bangang!! Kan dah kena piece of mind ngan aku. Tau kecut nak angkat muka...! 

Laa..nak pegi PKNS je pun...sssengal!Seb baik sabar..Sabar itu indah kan? hehehe..Akaq sabar la tu..

Kereta memang terhenjut-henjut la bergerak.. Aku pun mintak Marsya baca doa dan terus sambung baca speech graduation dia. Pagi-pagi otak kan fresh. Harusku isi penuhkan memori dia dengan speech tu. Yeay! 

Haih Marsya..Marsya..susah beno nak fluent. Tersangkut-sangkut. Dah le mak jenis perfectionist gitu!*omong kosong*

Hari ini terus ke WRC club house. Jadi jauh ke dalam sikit la perjalanan compare to kindy. Menyelusuri *chewah* jalan-jalan di Country Heights sambil mendengar celoteh Marsya dengan speechnya..melepasi rumah-rumah agam yang begitu mewah di sini membuat aku senyum bahagia. Padahal bukan rumah aku pun. Cuci mata pun jadilah...

Dalam hati.. Kaya-kaya orang Malaysia ni. Rumah masyaallah besarnya. Ni bukan rumah. Ini istana! Kereta toksah cakaplah. Bentley,Porsche, Ferrari. MPV tah cap apa tah..aku pun naik tak kenal..Mercedes, BMW dah ibarat kereta basahan jah..Siap beratur pak driver-pak driver menunggu tuan turun dari rumah agam. Bodyguard dah menanti dengan motorbike kiri kanan. Bukan satu dua rumah macam tu. Bole kata mostly! Bertuahnya badan. Dapat merasa syurga dunia kan? 

Hurm..sabarlah..Sabar itu sangat indah. Mana tahu suatu hari kita plak kan? Tak di dunia di syurga..

Sabarlah...kerana sabar itu indah!

"MAKA BERSABARLAH KAMU DENGAN BAIK"~ al-Ma'aarij [70]:5


Wednesday, October 20, 2010

20102010

Weeee..nak jugak nak jugak!!

Mari senyum...

Subuh syafie lagi dah ada orang memujuk bagai nak runtuh dek kerana si dotdotdot merajuk. Hehehe...

Saya adalah antara orang yang paling bahagia pada tarikh ini 20102010..

Kecik hatilah kan... kerja sampai pagi. Hape kejadah? Hari yang ada matahari dah takde ke?

Susah nak dengar wak jawa ni romantik-romantik. Dah jenis straight.. nak buat macamana? Nak ku lentur kang jadi lain pulak.

Tapi pagi tadi markah keromatikannya hampir ke 80++%..okeylah tu. Rahsianya..jangan dipaksa..dia akan datang sendiri.

Sekali romantik..perghhh..meromang satu body! I love you sayang..*mmuah*

Janjinya nak limit the time.

Well...we'll see...tapi nampak gaya macam rasa bersalah menghempap-hempap di kepala. Haaa..tu la..Sendiri menggelabah..

Walaubagaimanapun... ku bersyukur!

Monday, October 18, 2010

CERITA SUDU

Sudu oh sudu..Sudu settil (sila sebut tt itu seperti menyebut huruf  TO- tebal dan berat) Jawa la konon..

Saya nak share satu petua yang mudah, murah dan terbukti berkesan kerana dirimu begitu berharga! Awww..

Kan kita ni kononnye IT la sangat..cyberlady..

Dek kerana cyberlady sangat makanya matapun dah ala-ala zombie. Lebem, mudah cengkung, tenggelam ke dalam at times dan dark circle toksah kata la..

Sebenarnya bola mata kita ni penat.... sebab mata asyik fokus pada satu tempat sahaja. Tidak terhad pada mengadap skrin komputer saja, baca buku, menonton televisyen pun bole mengakibatkan keadaan yang sama.

Titik fokus objek kita pada satu titik fokus dan jarak yang sama sahaja. Tidak berubah-ubah.Jadi mata, saraf, urat itu kekdahnya menegang atau cakap omputihnya strain. Macam kita kacau dodol sekawah. kurang-kurang 5-6 jam nak ngacau dodol tu..mau tercabut cik keti. Berketul-ketul lengan lepas tu dah macam jaguh bina badan. Tangan, lengan semua menegang. Sakitkan?

Begitulah dengan perihal mata ni.. Sepasang anugerah Allah untuk melihat, menangis kala suka dan duka dan 1001 lain lagi fungsi mata.

Beruntunglah siapa yang tidak mudah di serang gejala tired eyes ini. Duduk berjam-jam depan komputer pun masih bergaya macho matamu.Tapi pada mereka yang seperti saya, nak buat macamana kan...? Kekadang saya naik hairan bila orang asyik-asyik cakap..kenapa? nampak penat je? Mengantuk ke?


ENAQ  AJJA!!!


Padahal jam baru pukul 8.30 pagi ku nengok. Hairan jugak sebab eyecream ku tepek dah world dah kurasa..wachehh!! uweekkk..Patut blink-blink la kan? Dalam hati..tukang jual ni hampeh betul! Kata kompom blink-blink. Duit dah kopak beli benda alah ni.

Sepek dah pakai, contact lens dah torai...tapi masih zombie.....





Akhirnya..ku kaji-kaji, rupa-rupanya memang muka ni nampak exhausted dan haggard!! Padahal badan tak penat pun..cargas lagi ada. Kata kick boxing..kekeke..

Jadi saya slowly menerima teguran mereka dengan hati terbuka. Ye..kekadang kita kena terima pandangan orang sekeliling kita. Mereka yang boleh lihat kita. Kita tak boleh lihat diri kita sendiri kecuali depan cermin. Takkan nak hangkut cermin 5 kaki tinggi tu kemana-mana kita pergi.

So..let loosen up your eyes babeh.. Katanya the eyes are the window to the soul.

1-2 jam didepan komputer/tv/buku kemudianlah pandanglah keindahan alam ciptaan Allah yang maha indah di sekeliling kita sambil memuji kebesaranNya. Memandang pada jarak dekat dan jauh. Melihat banyak objek berwarna hijau. Semua itu membantu keadaan  sistem penglihatan kita lebih rileks.

Jom baca artikel yang baik punya wa cilok ni..hehe.. spesel tuk cik the me :) Jura dan Eton korang bacalah ni supaya mata korang maintain blink-blink okeh. Korang tu mudo belio lagi. Eloklah mencegah dari berubat kata cik kiah ari tu..


'Tired eyes' is one of the problems frequently occurring in the present-day world. In this condition, along with puffiness around the eyes, a person also suffers from heaviness in the head. Lack of sleep is one of the primary causes of tired eyes. Other causes include allergy, eyestrain, fatigue, conjunctivitis, excessive crying, inadequate supply of oxygen to the cornea and pollution. Its symptoms are heaviness in eyes, burning sensation, irritation and redness of the eyes. Tired eyes can, however, be treated at home, using the natural ways. In the following lines, we have provided some useful home remedies for curing tired eyes.








Causes Of Tired Eyes
  • Allergy
  • Eyestrain
  • Fatigue
  • Conjunctivitis
  • Inadequate sleep
  • Excessive crying
  • Inadequate oxygen supply to the cornea
  • Pollution
  • Extended use of computer or video monitor
  • Reading for extended periods
  • Exposure to bright light or glare
  • Straining to see in very dim light

Symptoms Of Tired Eyes
  • Heaviness in eyes
  • Burning sensation
  • Irritation in the eyes
  • Redness of the eyes
  • Sore eyes
  • Itchiness
  • Watery eyes
  • Dry eyes
  • Blurred or double vision
  • Headache
  • Sore neck
  • Increased sensitivity to light

Home Remedy For Tired Eyes
  • One of the simplest home remedies for tired eyes would be to place two spoons in the freezer. Take them out when they are cold and place them under the eyes to reduce puffiness. Do not freeze the spoons.
Yang ini paling mudah dan best! Yang saya cerita mula-mula tadi. Gunalah sudu settil! Dah sejuk lepas tu tekan belakang sudu itu perlahan di keliling mata. Lepas tu sure terang benderang je bebola mata ni. Syiooookk!! Cubalah.. then let me know how do you feel ok?
  • Another effective method would be to dip cotton balls in tea water. Place the cotton on the eyelids and leave it there for sometime.
  • Take a cucumber and cut it into slices. Place the sliced cucumber on your eyelids, to get relief from the puffiness.
  • An effective option would be to wash the eyes regularly with cold water. This would help the eyes relax and also remove any kind of tiredness.
  • In a small bowl of cold milk, dip a cotton ball and place it over the eyelids. This would remove all the puffiness.
  • In a bowl of water, add a few drops of lavender oil. Soak a cotton ball in this and place it over the eyelids.
  • Soak a cotton ball in a bowl, containing water, and a few drops of perfume. Keep the soaked cotton on your eyelids, for a few minutes.
  • Place a strawberry, kept in the refrigerator for a few minutes, on the eyelids. This will be beneficial in treating tired eyes.
  • Boil 2 cups of water. In it, add a small amount of boric acid. Once cooled, use the solution to wash the eyes for quick relief.




Senang je kan petua-petua ni. Semua bole dapat dalam rumah kita. So try it out! And lets share your experience bout it.. 


JOM SAMA-SAMA BERMATA CANTIK.....
very the blink-blink!!





Saturday, October 16, 2010

BERHENTI BERHARAP

Fullstop! Berhentilah berharap wahai hati..

Singgah RnR the me jap tadi nampak entry bout this song..adoooii!!

Tak tahu nak describe macamana la keadaan hati waktu ini.. Dibuai-buai pulak dengan lagu ni..memang hilang lesap melayang jiwa nan satu ni.. terbang ke langit ke tujuh kurasa..:'(

Lagu ni berhantu buat lilmango!




SEPI

Sepi hati terjadi lagi 
Mungkin sampai mati aku sepi 
Biar senyum hadir di hariku 
namun ini hanya ada di bibir 
di bibir saja 

Aku ini yang bisa mengerti 
walaupun yang lain mau mengerti 
Namun berat beban hidupku 
biarkan saja 
Biar saja hanya ku yang tahu 

Sejarah cinta dan hidupku 
penuh duri dan banyak ranjau 
Butuh kesabaran yang penuh 
untuk tetap ku berdiri 

ada saatnya ku bicara 
bila hatiku telah bulat 
Sepanjang ku bisa atasi semua 
aku tetap diam.....

~BY YUNA SHARA



tssssskk...