Tuesday, November 30, 2010

BERITA GEMBIRA

Banyak sebenarnya berita gembira nak dikongsi but i love this one so much!


berita gembira1
Ahad yang baru lepas tu, kami ke Kanchong Darat menziarah bapak. Alhamdulillah nampak ada sihatnya bapak. Makin putih pulak ku tengok bapak mertuaku uollss! Hehe..Mana tak cerahnya. Putera lilin...tak mahu langsung keluar rumah. Jalan pun dah steady dan laju.gud gud gud..

berita gembira2
Iras dapat further degree di UITM dalam bidang yang diimpikan~ Animation.. way to go iras!!

berita gembira3
Kita (tuan belog,theMe n zura) akan ke ho chi minh..yeehaaaaaaaaaa!!~ ayat memoyokan diri sendiri. Sesiapa sedara mara sepupusepapat anak buah yang nak ikut tu moh main kutu. kikiki...

Abang Hamdi has been promoted! Country Manager kalau tak silap. (maafkan cikmangga yang sangat2 pelupa ni :(.. ) Maleh nak tanya incik darling sebab tengah majuk. *mode eksen*.:P.. Alhamdulillah...tumpang gembira kita kan? 

Kalau kompom Abang Hamdi transfer ke Ho Chi Minh, Vietnam ni, theMe mung boleh la pasang angan-angan nak shop till drop! Bawak intan payung anak beranak tu sekali. Sure lepas punya. Alasan kukuh- nak pergi jalan-jalan rumah abang Hamdi. suka tak suka tak?

Januari abang Hamdi dah start di HCM. Kak Siti dan si tembam Wani akan ikut sekali. Jadinya.....first semester break kita bole la terbang ke HCM. Ada bran??? Yok kita!

Monday, November 29, 2010

MAK AIHH!!

Taknak cerita panjang..jom kita layan 2 gambar ni. Mak tersedak okeh..rasa macam sekarang gak nak push. Tapi isi (baby)takde. Isi perut ada le..

Terus meluap gedik gatal menghonyam tahap kayangan nak baby!

alololoo tomeynya.....kan kan kan?


cradle kerang..can you see the baby inside?


Ermm..untungnya anak-anak sekarang kan? Serba serbi makin canggih..Canggih alfulusin canggihla stuff-in!

Jangan kata baby, diri yang dah kertu ni pun nak duduk tido baring dalam kerang tu! Teringin tak uoooools? Iooools teringiiin!hahaha..

Memang sweet sangat idea mama eez ni. Besar-besaran majlisnya as this couple menunggu for a baby girl for 14years! Kedua- dua anak yang lain adalah lelaki.

Baby ini adalah anak kakak sepupu saya. Sabtu yang lepas adalah majlis aqiqah, cukur jambul si baby Qaseh ni dan majlis kesyukuran untuk abang si Qaseh yang cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan darjah 6 nya, sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Alaaaaahai....

Untuk si zura@toyang tingkatkan usaha! Nanti kami dapat cucu sedara kita buat macam ni jugak ok? *saya pun naaaaaaak!*kikiki

Friday, November 26, 2010

HATE

I hate myself for bieng shopping disorder..arghhhhhhhhhh!!! Mana sepital yang boleh bagi ubat tuk penyakit tegar i ni? If you know please please let me know.

Dari handbag jap jurulatih sekarang dah jadi juruLETIH!  Sekarang leleh kat L* pulak...eeeeee benci dengan diri sendiri!

Mengapa!!!!!! Hari tu baru je settle menyoping aksesori mato den. Berkenan sangat dengan cik burbery itu. The price really made me almost fainted!! Sampai diri sendiri confest dengan sa kedai sepek tu.."akak..saya takut la..takut kena petir dengan tuhan. sebab tamak tak sudah.." Terkekek-kekek sa-sa tu golak. Hampeh!!

Pastu asal online je i rasa macam nak masuk dalam skrin. Tenet sekarang ni pun satu..dah macam pesta jual-jualan. Cukup meriah..dari jln TAR sampai KLCC. Semua ada. Sebut je. Pendek kata mak ayah je takde!

Benci nak online. Itu sebab saya sudah pasif sekarang ye mengonlinekan diri..




Dear babes..tolong bagitahu sikit makcik menggelabah ngabiskan duit yang tak banyak ni (aka diri saya) bolehke buat macam ni? Kalau ada duitnye salah tak?

Dapat tok laki pun sama naik je. Lagi mendidih-didih selera dia dari kita..

My very old time friend who married US citizen has safely arrived here almost for two weeks. Guess what? Tu dah sebakul ordernye. Tak pergi mengutip lagi. Sampai dia dah bising tanya bila nak collect barang. Campak duit pastu suruh dia yang shop. "ko belilah apa yang tantek ".

Bukan nak gong sesuka hati i post cerita ni. Tapi serius sekarang rasa macam dah takut dengan diri sendiri.

Tolonglah bagi ayat power ke, ayat kutuk ke, ayat pedas ke...i tak kisah. Bior sedar diri sikit cikMangga ni.

Ya kadang-kadang i rasa bersalah dan berdosa yang bertimpa-timpa. Rasa Allah sangat menguji keimanan. Lemahnya iman ini...sobsob

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

[Surah al-Israa : 27]



SOLELY

Sometimes its good to be solely,no? Solely from people, from noise, from busyness, from broke (money hehehe. i'm blaming myself here) or...from technology which can cause madness and insanity..Ok. Fine its not the technology who made human insane but the human turned technology insane! Human who lacked of maturity and responsibility.

Ok i just wanna live freely from hypocrite who never holds beliefe nor feeling honestly and also from the devil backstabber!

Ouh i hate that!

Lebih baik kalau tak suka buat tak suka terus. That's me. Tak payah nak beramah mesra berlakon ingat skrip bagai. Bukan setakat sebu perut je..mata pun sebu senak cirit semua ada..

So please...mind yourself!

Wednesday, November 24, 2010

IMAN MY BABY BOY IS 4!

Manjanya si Iman memang tak bole dicongak.. serba serbi nak mama. Serba serbi high maintenance. Dari dalam perut sampai la celik mata ke bumi Allah yang maha indah ini.

2 perkara mama Iman nak highlight:
1~ 7 bulan morning,afternoon,evening and night sickness..24-7!
2~ 32 weeks sepatutnya dah completely turn head down but he didn't! He's a breech baby.

BEGHAK NANANG WASER!

Doktor dah ukur dan kira siap-siap if there any possibility for me to have a normal delivery..tapi pintu rahim dengan ukur lilit kepala iman takut tak lepas. Sangat denjeles kalau sangkut kat kepala sebab kedudukan baby ialah kaki di bawah kepala di atas. Sebab this baby quite embam. Alhamdulillah walaupun mama mabuk siang malam genap 7 bulan purnama tapi inilah pertama kali baby in tummy yang sihat dan embam! 3 kilo jugak akhirnya.. kakak-kakak semua 2.6kg ++.

Bila ingat-ingat ku makan apa pun tak tau la sampai baby embam macam tu. Seingat kita, kita tak lalu makan.Tak lalu masak. Paling tak tahan - TELUR aka EGG - is totally NO for me. Baik bau,makan dan tengok. Campuq dalam nasi goreng pun is a NO! Faham?? Saya pun tak faham kenapa... :o

Masak pun siap upah foster-mother yang masak. Nasib baik la foster parent kami masyaAllah baiknya. Terima kasih Kak Ani dan Pok din.. Mak angkat tapi panggil Kak Ani..bole? hihihi...

Udoh breech..makanya c-sect le jawabnya.. Umpama luluh hati di carik sembilu.. Redha di situ.. :(

Proses epidural sangat menyayat hati. Sesudah mengucap sebatang jarum besar punya dimasukkan ke tulang belakang. Aduhh perasaannya hanya Sang Pencipta dan diri ini sahaja yang tau. Plus seorang diri terpaksa lalui c-sect di OT. Pakar bius saya baik sangat baik sangat sangat baik.. Dia sentiasa di sisi, mengusap rambut,mengelap air mata dan membisik kata-kata semangat. Ku tahu darling honey setia menunggu di pintu OT pun meraung-raung mahu di sisiku. Hape daaa.. Hape punye sepital! SJMC la konon kann.. tapi haram tak kasi masuk. Last minute requisite!! Malaun mana tah yang masuk OT teman bini pastu anto surat cinta komplen panjang lebor. Ate?? Kome terel sangat kome operet le bini kome sendirik! Nyusahkan orang lain je yang sangat bersopan di bilik OT seperti kami. Sian kami.... uwaaaa...

Alhamdulillah semua selamat. 24 Nov 2006; 1:59pm..Welcome IMAN HADI BIN ASFANIZAM.. airmata tak tertahan-tahan melimpah melihat seraut wajah bapa yang mensyukuri dan merangkul erat  zuriat lelakinya di dada..Lalu kami berpelukan dalam tangisan. Azan dilaungkan di telinga Iman....syukur ya ilahi.



Meet my Iman..

Kegilaannya ialah Thomas and friend (keretapi) dan Ultraman..







Ya Allah jadikanlah anak-anak ku anak yang soleh lagi solehah. Luas akal dan tenang hatinya dalam apa yang dilakukan. Hiasilah mereka dengan akhlak yang mulia. Perkayalah kami dengan kasih sayang. Temukanlah kami semula di akhirat kelak dengan sebaik-baik pertemuan...amin.. Moga Iman berjaya dalam apa jua yang Iman lakukan ye sayang...Sentiasa mendoakan papa dan mama.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan aku dengan sebaik-baik kurniaanmu. Andai cacat mereka hanyalah kerana celanya aku mensyukuri nikmatmu....

Alfatihah buat Along yang telah 2 tahun genap pemergianmu ke sisi Allah pada tarikh ini- 24 nov 2008. Meninggalkan kami yang tah berapa lama lagi hidup. Tah dosa tah pahala. Sesungguhnya sayangnya kami tiada tandingan kasihnya Allah padamu MOHD AZLEY MOHD KAMAL.. Kadangkala masih tiada percaya kau telah dijemputNya...Dan kadangkala terdetik dihati 'bertuahnya along pergi diusia yang muda. tak banyak dosa nak ditanggung.' Semoga kamu tenang di dunia yang abadi.. *rindu kat along*

Tuesday, November 16, 2010

ZULHIJJAH

Hari ini 9..esok 10..

Alhamdulillah bertemu lagi di kesempatan yang dikurnia Allah..Esok hari raya..!

Telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."






10 zulhijjah 1431

Salam Aidiladha

Saturday, November 6, 2010

6.11

(sneak peak)





15 years ago...

meeting you was fate,becoming your friend was a choice

but falling in love with you I had no control over



Darling..

the minute I heard my first love story I started looking for you

not knowing how blind that was..

but we made it!


along the 11 years milestone our solemnization

the celebration continues to this day..


JAZAKALLHU KHAIRAN KATHIRA YAHABIBI..

ANA UHIBBUK ILAL JANNAH!


Syukur alhamdulillah ya alKarim Ya alhafiz..