Indahnya lilmango rasa pagi ini. Nyaman, tenang, dingin, senyum, bahagia.
Rutin supir bermula seawal 6.30pagi hari ini. Dah macam transporter yer. Menghantar YB darling honey ke stesen komuter. Geli hati nengok si dia lengkap bersuit hari ini. Segak bukan main..Macam YB..*heeeee* tapi naik ketapi. Incik Darling ada meeting penting di Menara Maybank. Pukul 8 harus terpacak depan menara katanya. Kalau bawak kereta takut melekat di highway..
11 tahun bakal menjengah. Darling honey masih tidak kekok tuk mencium dahi dan pipiku di khalayak. 'Bye sayang..take care. Drive leklok..Thanx jadi supir'. Hehe...Moga kasih sayang ini terus gah dan kami bisa terbang bebas...tiba-tiba.. mode bertukar
Seiring dan SeJalan.
Seindah Bunga Di Taman
Bak Burung Nan Megah
Kanda Kupuja
Bahagia Kita Berdua
Berlari Berkejaran
Lupakan Segala Duka
Di Kota Di Desa ...
Di Gunung dan Laut
Berlagu Kita Berdua
Dinda
Kanda
Burung Pun Turut Menyanyi
Tawa
Riang
dan Cinta Mula BersemiLa La LaLaLaLaLaLaLaLaLaLa
Tiada Lagi Duka
Pun Airmata
Kembalilah Sayang
Bersama Berjalan
Duka Atau Pun Senang
Aduhai Pujaanku
Mimpikah Daku
Kan Kusimpan Dia
Di Dalam Hatiku
Kasih dan Sayangmu
La La La La La La La La 4x
( beghangan! kau broery ku cik seripah )
Kisah menjadi transporter si darling ni dah jadi sebagian lumrah rutin ku. Dah banyak kali dah..
Masih ingat tragedi kebuloq@melantak di HAKIM? Lapar dong! Sekalian memenuhi ajakan si adik bongsu. Alololooo comeynye adik bongsu... kan? Almaklumlah kalau dah berkumpul..mana cukup hi-hi bye-bye. Harus dibentang segala topik tuk ahli parlimen berhujah dan memberi idea serta komentar panas hangat waima sejuk beku tuk dilontarkan. Kikiki...
Malam itu juga dengan segala hormatnya si isteri menghantar si suami ke office nun jauh di Ampang dari Shah Alam. Redah jer walau dalam hati kecut jugak tengok nombor-nombor di jam digital kereta kenit kami! Yelah dengan anak-anak bergelimpangan tidur. Kita ni lady driver..
Nak balik ke BP nganto rakyat jelata ke istana hinggap then only patah balik ke Ampang? Staff dah menunggu. Pukul berapa nak sampai. Mata sidia ku tengok dah ala-ala garpil dah. Isyy bimbang mengatasi segala. Alhamdulillah 12.30 tengah malam sampai juga...Sabar...Kan indah sabar kan? Dapat bergolak ketawo, dapat jalan jauh ke Ampang nun..
Apa-apa pun malam tu memang blast! Syiok. Riuh rendah ahli parlimen sakan bergossip dan bergelak ketawa. Tepuk-tepuk meja toksah cakap la..Syabas YB-YB sekalian..
Usai ke komuter menghantar yang berhormat, pulang ke rumah dan mengambil dua orang anak dara YB tuk di hantar ke sekolah. Si anak teruna masih lena diulit mimpi atromen lah...baring syioook je kat belakang.
Kakak1 dah sampai. Now si kakak2. Ok pecuuut..
Semua kereta seakan-akan memecut. Taula semua orang nak pergi opis. Anak gue pun nak masuk opis dia gak. Ni kereta proton blm neh. Cilok sana cilok sini. Kang aku hon kang. Hon aku ni air-hon bang. Baik punya hon lori. Kang aku tekan kang takde nak pendek-pendek nye. Aku jarang tekan hon ni. Kalau tekan harus panjang dengungnya. 6 harkat- ikhfak haqiqi. Kang malu je kang. Rambut aku tengok pacak bukan main..Runtuh pacak kau nanti..Malu je ngan awek sebelah.
Akaq ni nak nganto anak pegi tadika je dik. Yang kau nak dengki sangat cilok-cilok depan aku ni ngapa? Mentang-mentang aku bawak keta sopan santun, kau nak tunjuk terel? Nak aku tunjuk skil aku ke? Pepagi ni baru nak mulakan hari takyah la..maleh je aku nak show show skil drift aku neh. 2-3 kali kau cilok. Mengejut plak tu! Tertonggeng-tonggeng anak dara aku kena dashboard. Hangen la! Bangang la kan...nak kejar lampu hijau punya pasal kau tekan minyak pastu cilok depan aku. Memang bangang!! Kan dah kena piece of mind ngan aku. Tau kecut nak angkat muka...!
Laa..nak pegi PKNS je pun...sssengal!Seb baik sabar..Sabar itu indah kan? hehehe..Akaq sabar la tu..
Kereta memang terhenjut-henjut la bergerak.. Aku pun mintak Marsya baca doa dan terus sambung baca speech graduation dia. Pagi-pagi otak kan fresh. Harusku isi penuhkan memori dia dengan speech tu. Yeay!
Haih Marsya..Marsya..susah beno nak fluent. Tersangkut-sangkut. Dah le mak jenis perfectionist gitu!*omong kosong*
Hari ini terus ke WRC club house. Jadi jauh ke dalam sikit la perjalanan compare to kindy. Menyelusuri *chewah* jalan-jalan di Country Heights sambil mendengar celoteh Marsya dengan speechnya..melepasi rumah-rumah agam yang begitu mewah di sini membuat aku senyum bahagia. Padahal bukan rumah aku pun. Cuci mata pun jadilah...
Dalam hati.. Kaya-kaya orang Malaysia ni. Rumah masyaallah besarnya. Ni bukan rumah. Ini istana! Kereta toksah cakaplah. Bentley,Porsche, Ferrari. MPV tah cap apa tah..aku pun naik tak kenal..Mercedes, BMW dah ibarat kereta basahan jah..Siap beratur pak driver-pak driver menunggu tuan turun dari rumah agam. Bodyguard dah menanti dengan motorbike kiri kanan. Bukan satu dua rumah macam tu. Bole kata mostly! Bertuahnya badan. Dapat merasa syurga dunia kan?
Hurm..sabarlah..Sabar itu sangat indah. Mana tahu suatu hari kita plak kan? Tak di dunia di syurga..
Sabarlah...kerana sabar itu indah!
"MAKA BERSABARLAH KAMU DENGAN BAIK"~ al-Ma'aarij [70]:5