Wednesday, August 25, 2010

KETAT

Perghhh!! Memang ketat babe!

10jam 7 hari seminggu..kerja yang betul-betul kerja. Dulu aku primadona sekarang jangan nak mimpi!

Penat giler lah! Just imagine ahad-day pun keje. Dolu-dolu ahad lah aku bermalas-malas di rumah dan mengukur soping komplek. Sekarang..hamek kau! Kekadang tengah tak sibuk tu aku angkat handpon and call darling honey. Menangis cakap kat fon! 


Reason- rindu nak  lepaking and main kejar-kejar dengan keluarga bahagia aku. *dan aktibiti yang sewaktu dengan main kejar2*


Tapi nak buat macamana..demi ayah. Demi kasih sayang terhadap satu wajah yang tak berapa nak kedut lagi (hehe..tegang lagi muka ayah den..ok laaaa,not bad :P) dan rambut putihnya.. tak sampai hati to say no when he said this "tolonglah ayah girl, kalau girl takde matila ayah"..


Adoooiii...tu yang tak boleh tahan tu. But we had fun together. Built our dynasty la kononnn..hehe..Kami semakin dekat dan rapat. Syukur..


Business was ok. Overwhelming!! Tak menang tangan. Ramai yang kata-pakcik kena ambik pekerja la pakcik..


Memang tak sangka..rezeki Allah bagi melimpah ruah. Sebab kedai ni baru lagi. Baru berapa minggu.Kami memang jalankan ibadah ini berlandaskan Islam. Bak kata ayah "untung sikit-sikit sudahlah..yang penting keberkatan Allah yang kita nak cari.Duit kalau nak cari memang takkan cukup nak menampung hawa nafsu ni". 


Fuhhh!! Menusuk jiwa kata-kata ayah tu.


Bisnes ni kan sunnah nabi. Jadi..pahala dapat, rezeki pun dapat. Alhamdulillah..


Lagi satu mulut dan wajah kena manis. Bukan mudah rupanya. Walaupun aku ni seorang yang mudah ramah. Kekadang kita bengang jugak kan kalau masuk kedai orang dia buat taktau je.Diam je tak berbunyi. Tak welcome customer datang. Nampak mudah tapi kekadang susah jugak nak buat. Customer bukan seorang dua yang masuk.


"Ye kak..cari apa?". "Cik..nak beli apa?". "terima kasih bang, saya jual". And a few types of sentence lagi la.


Ketat dan penat.Serius penat!! But worth the fatigue!! Duit ayah memang berkepuk-kepuk lah..Haip!!DUIT AYAH..BUKAN DUIT AKU! Aku tukang kira je..aku ni ai-ai cip kat kedai tu..kekdahnya aku adalah cashier,tukang kira stok,ketua bahagian wet market *chewahh!* tukang sapu,tukang mop,tukang kupas bawang,tukang potong ayam,tukang lap habuk etcetc lah..hahahaha..*ini cerita betul!*


Pergh syok giler babe kira item kat cash regiter ni..Jakun aku mula-mula.Ye la selalu kan kita beli barang kat giant,tesco atau kedai runcit mana-manalah, kan cashier kira kat machine tu.Kita tengok je diorang kira kan?Macam canggih je cash register tu kan..bole kira,total amount,siap tunjuk balance berapa nak bagi balik dan print resit.hahahahaha..lawak betul mula-mula dapat pegang bende ni.








Lagi satu timbang digital ni. Yang ni pun best. Dulu tengok je bende alah ni, Sekarang ini timbang ana yang punyaa!!hahahaha.Jakun babe..memang jakun bin kemaruk. :P






Sekarang dah makin ramai orang datang kedai ayah. Sebabnya orang dah tau kedai ayah murah. Katanya kedai harga patut.


Memang pun! Sebab kedai-kedai lain kat situ jual harga barang semua harga cekik leher. Tak takut riba' agaknye diorang tu. Ramai yang datang komplen harga kat kedai lain kat kami.Hisyy apa kejadahnya diorang nak compare-compare kan?Kami senyum je la..dengarje la..Biorla diorang tu kan..?

Contoh: santan besar kami jual rm1.80 kedai lain jual rm2.30!! macamana lah diorang kira kan..?padahal ambik stok dari supplier yang sama.
Satu contoh cukuplah....yang lain-lin tu hang pikirlah sendiri...

Lepas raya ni pihak management cadang-cadangnya nak ambil pekerja..Yeay yeay bole la aku jadi ketua besar!hahaha..baru ada masa nak kilat kuku kat kaunter..huhu..*jangan harappp!*

Semoga empayar ini terus kukuh dan dilapangkan rezeki oleh Allah swt..amiin!

Monday, August 23, 2010

ALLAH SELAMATKAN DAKU

Happy birthday to me!hehe..

Alhamdulillah..syukur yang sangat mendalam dari lubuk jiwa atas rahmat dan rezeki yang Allah beri selama 32 tahun ini. Allah masih meminjamkan nyawa buatku agar dapat menjalani kehidupan sebagai khalifah di dunia ini.

Aku masih mencari-cari kekuatan dan ruang agar dapat  terus memperbaiki diri demi mencari redhaMu ya Allah..

Ulang tahun yang kedua kali dapat disambut di dalam Ramadhan yang penuh keberkatan! Tahun lepas pun di Ramadhan jugak.

Aku ambil ini sebagai hadiah yang paling best happened sepanjang nyawa ini dipinjamkan Allah subhanuwata'ala..Kerana dapat peluang beribadah di bulan Ramadhan dan kalau superb lagi dapat beribadah di bulan yang lebih baik dari seribu bulan..seandainya aku dapat bertemu si Lailatul Qadar la....perghh hadiah yang terbaik lah! Amin amin amin...

ALHAMDULILLAH...........

Tuesday, August 17, 2010

HAPPY BIRTHDAY ADIK


Happy birthday adik! Dah 23 tahun adik kaklang :) .Tapi yang tetap unggul dikata anak bongsu tetap kaklang...hahaha

Iman paling seronok bab birthday ni..sebab sibuk nak blow candle jugak walaupun bukan kek dia. Sure dia nak blow candle ayahchu jugak nanti.

Mak kata nak masak briyani tuk celebrate birthday adik..Nyumnyum..cedapnya briyani untuk iftar nanti.

Semoga kamu menjadi lelaki yang soleh dan lebih matang . Semoga cepat dapat kerja baru..cik misi tu dah menunggu dah tu..kalau lambat dikebes orang!!



Monday, August 16, 2010

IFTAR AT JALAN MELOR

Iftar adalah satu acara tahunan di rumah Jalan Melor tu. Seronoknye nak berkumpul semula wahai family! Tapi ada cacat sikit sebab Najad tak dapat join. Rindulah kat awak Ajad :D

Hanya sup tulang sebagai buah tangan. Janji yang wajib ditunai untuk bapak as a week before bapak asked me to cook for him before leaving. "dah bapak nak makan sup tulang.." Hermm hiba pulak hati tak dapat tunaikan on the day he asked sebab abang daging tu tak meniaga la pulakk..potong la abang daging neh..

Selepas berbuka kami berjemaah Isya' dan terawih berimamkan Abang Zul. Muazzin pulak si anak- Nasuha. Alahaii sejuk perut ibu yang satu ni kalau dapat anak macam Nasuha. Bacaan si pelajar Mesir ni sungguh sedap. Abang Zul pulak memang hafiz. What a great complement. Anak dan ayah. Semoga iman juga menjadi seperti abang Nasuha ye nak..

Makan makan makan memang heaven lah family in law saya ni. Ibu dengan caramel nye..Well done ibu! Lama betul lilmango tak buat caramel. Sebab resepi caramel saya ni sangatsangat special. Rasanya sungguh sedap dan orang yang mengajar pun sangat istimewa di hati saya. Kini sudah 8 bulan lebih kurang dia meninggalkan saya di dunia yang fana ini. Kak Izan semoga kamu lebih tenang di sana.. Rindunya nak peluk Kak Izan. Teringat suatu kejadian di pagi Ramadhan terakhir kita bersua. Ingat nak lepak kejap je lepas hantar Marsya ke kindy. Dipaksanya saya sarapan nasi goreng pedas favourite lengkap bertelor mata kerbau yang digorengnya untuk saya dek kerana dia tahu saya tak puasa sebab tak datang kelas quran pagi tu! Walhal dia puasa tu. Kak Izan dimanakan ku cari ganti?

Maklong dengan pineapple fried rice,honey ciken ; makchu bawa nasi lomak; wak Jali as usual ayam tesco; Kak Nor - mihun goreng best! Kak Ziah- Nasi ayam..pun best! Saya makan a lot nasi ayam Kak Ziah..hehe..

Yang lain-lain tu tak hengat dah la..too many food. Murah betul rezeki Allah beri. Alhamdulillah. Orang lain belum tentu dapat makan. Bukan setakat nak makan sedap, dapat basahkan tekak pun dah besar rahmat bagi mereka. Lihatlah mereka yang kurang berkemampuan tu, nak buka bernasi pun belum tentu. Mereka yang di Pakistan baru sahaja dilanda banjir. Video mereka berebut beratur untuk mendapatkan nasi untuk berbuka sangat menyentuh hati kecil ini... Semoga mereka mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak..

Kita dengan Pasar Ramadhannya..MasyaAllah..sangat besar rezeki yang Allah limpahkan. Kami personally tidak mengajar anak untuk bermewah selera hingga ke pasar ramadhan kerana tujuan utama kita berpuasa adalah untuk menginsafi golongan yang fakir. Cukuplah sekadar apa yang di masak oleh saya dan sedikit belian suami dari pasar ramadhan - air soya dan kuih sejenis dua.. itupun rasa dah cukup mewah!

Saya dan anak belum lagi menjejak kaki ke pasar ramadhan..hehe..Rasa tak tau nak beli apa kalau pergi..banyak sangat makanan! Mau poning agaknye..

Marilah kita sama-sama menginsafi diri dan bersederhana di bulan yang dihadiahkan Allah untuk kita ini..

Sunday, August 15, 2010

NO WORDS

Di saat ini aku sedang bermuhasabah diri..muhasabah yang sangat benar.Di Ramadhan yang penuh rahmat..

Sambil termenung memandang bahan mentah untuk order cuppies yang telah tidak sengaja atau memang di rancang untuk membatalkan order..

Apa nak nak buat dengan bahan-bahan tu? Banyak dah mengalir duit tuk mengadakan modal tu... :'(

Ya Allah mengapa aku sering menjadi mangsa keadaan..? Apakah aku harus menjadi agresif dan outspoken macam orang lain supaya aku lebih berdiri lebih gah..?

Ditelan mati mak ; diluah mati ayah...

Redha.....hanya redha membuat hati yang gundah jadi tenang, kaki yang longlai tuk terus berdiri walaupun lemah..

Saturday, August 14, 2010

48!!













Just a short one.. Busy la kononn..

Today is the 3rd Ramadhan. I've lost 2 kg ye my pren! 50 minus 2 equal to 48 kan?

Ermm..how laa...? Rasa takmo timbang lagi till 30th Ramadhan aci? Takot :(

Takmo skinny lagikkkkkk!!!!!

Baju yang ditempah nanti macam baju pinjam je..

My pren..tolong jangan sentap ye...:P..mintak mahap.

Bukan ku pinta..!!

Si the me sure dah kuruih jugak ni..hehe

Harus aku bagaimana? Makan dan makan dan makan dan makan.....?

Tell me please..

orang dilema nak kuruih, aku dilema nak maintain.ate???


Thursday, August 12, 2010

SALAHKAH...?




Masih terngiang kata-kata itu. Sangat sinis! Dengan mimik muka yang melengkapkan pakej dotdotdot. Sukar sungguh untuk aku lenyapkan dari ingatan waima cuping telinga ini.. Sedih rasa hati bagai di carik-carik.

Bukan ucapan penghargaan yang aku dambakan..'Terima Kasih' aku tahu itu jauh sekali bakal terluah dari sepasang bibir yang tinggi egonya.

Ikhlas ku lakukan. 
Ya Allah..Kau maha mengetahui..sesungguhnya hambamu ini ikhlas Ya Allah!!

Tapi hati ini sangat terluka....

Semoga lilmango terus menjadi hambaMu yang pemaaf!

Telahku berikrar padamu menjadi hamba yang sentiasa meminta maaf dan memaafkan..

Mampukah aku?





Ya Rabbi Kau peliharalah sekeping hati usang ini agar terus menjadi hambaMu yang bertaqwa....


Haihh..buat baik salah; buat jahat dah tentu-tentu salah....:'(
ATE??????

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN KAREEM

Ramadhan Kareem..Semoga mendapat keberkatan...



Allahu Akram..







Thursday, August 5, 2010

BANGUN!!!

Bangun lilmango!Get up!! Don't let people do bad to you..Persetankan kerna itu hanya satu fitnah. Fitnah yang tidak kesudahan.. Henaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!

Am a bit busy with hectic and stressful day for the past 3-4 days. YIKES!! tah pape tah..

And today i am ready to ged rid of all the sickening sucks thingy!

Alhamdulillah today is the official day for me, my bros and my parent opening our mini market in my hometown. Just besides ayah's house. What a great rezeki Allah gave us even though i just had a smash from that sickening b***h!!

Pasar Mini Siti Aisyah.. Its great to have a family business walaupun kecil kan?..Idak le juta-juta macam orang lain..hehe..Pray for us folks!! :D

Tuesday, August 3, 2010

THANK YOU ALLAH





I asked for strength....
And Allah gave me difficulties to make me strong

I asked for wisdom....
And Allah gave me problems to solve

I asked for courage....
And Allah gave me obstacles to overcome

I asked for favors....
And Allah gave me opportunities

Maybe i received nothing i wanted
But i received everything i needed....


Moga lilmango akan terus tabah..

Monday, August 2, 2010

PARASIT

Kalau dah parasit tu..parasit jugak lah! Takyah berangan nak jadi diva! Setinggi langit pun kau terbang tapi kalau dalam diri penuh dengan racun busuk,kau tetap akan menyeksa hidup orang keliling kau!!! Konon nak jadi angel..?Forget it babeh...


Parasit adalah hewan renik yang dapat menurunkan produktivitas hewan yang ditumpanginya. Parasit dapat menyerang manusia dan hewan, seperti menyerang kulit manusia. Parasitoid adalah parasit yang menggunakan jaringan organisme lainnya untuk kebutuhan nutrisi mereka sampai orang yang ditumpangi meninggal karena kehilangan jaringan atau nutrisi yang dibutuhkan.


Best la wikipedia Indon ni! Kannnn....??

So get yourself block from parasite!! Sakitnya kalau dah dihinggap parasit masyaAllah seksanya..mintak ampun!

Memang nampak macam bestfriend gitu sebab dia melekat je kat kita kan..tapi dalam diam-dia dia melekat tu dia racun kita! 

can you see the parasit on top of the plants?siap menjunjung-junjung si parasit tu kan..tu yang saya cakap ala-ala bestfriend gitu! :p


Moh layan gambar ni..ada ke orang yang sanggup jadi macam ladybug ni kawan - kawan...?


good bug eating plant parasite (i hope)- the original caption

...nampak tak ladybug tu makan parasit?

 Jadi..kekdahnya marilah kita muhasabah diri dahulu sebelum nak muhasabah diri orang lain.....

Tolong letak cermin depan diri kita dulu sebelum kita cerminkan orang lain..!!

Racun-racun berbisa tu kasi cuci dulu. Panggillah indah water kasi bersih!!

Kenal tikar sembahyang aka sejadah dan mengadaplah qiblat mohon hidayah dari yang Esa..insyaAllah.......

Adioss!!